Wednesday, April 11, 2012

Donut ball lagi..



Assalammualaikum.. apa khabar? hehe.. ari ni cuti sempena Pertabalan Agong pada Sultan Kedah.. Daulat Tuanku.. 


Ok lah donut ni memang feberet  anak dara aku Aina.. kalau petang je.. "Ibu nak donat?" .. ala..malasnya.. tp demi anak ku gagahkan jua.. chewah!! haha .. ni kali ke 2 aku buat donat ikut resepi dan memang menjadi.. gebu gitu.. dan yang penting sukatan bahan nya takdelah banyak sangat.. dan output nya pun cukup2 untuk kami anak beranak.. hehe..




Saya amik dari dapur Kak DayangJack kite .. kat sini .. meang sedap kak!..  terima kasih berkongsi .. saya tepekkan resepi tu kat sini pulak ye..


Donut Ball (Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber :Nora@DuniaKecilKita
bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


*** aritu saya buat saya salut ngan coklat dan buat macam burger malaysia gitu.. kecik2 je kan.. skali hadap je.. hehe.. untuk sambal yang aku guna Sambal Gorang Bonda ..bole check resepi kt sini  





Selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..