Wednesday, April 25, 2012

Kuih Talam Gandum



Talam gandum atau talam gula merah.. ni memang feveret la.. cik suami memang dah tau lah kalau gi beli kuih.. dia mesti beli kuih ni.. dia tahu mem besar ni suka.. hahaha.. asik membeli je.. kali ni cuba buat pulak.. senang je.. buatnya.. ni first attempt ..alhamdulillah jadi.. cuma kali ni aku buah setengah adunan je.. sebabnya tak ramai pemakan kt rumah ni.. hehe..  next time nak cuba buat talam ubi pulak.. bile tu ye?? hehehe.. biarlahmasa yang tentukan. cheeewahh!! .. aku godek2 tenet dok cari resepi yang paling mudah dan bahan yang sememangnya ada kt umah je... terjumpa resepi dari Mama Kastam Tioman dari MyResepi  .. bahannya mudah dan sedap sangat.. terima kasih mama untuk resepi ni.. 


Meh kite ke resepi



Bahagian bawah
2 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
4 cawan santan cair
Bahagian atas
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 cawan tepong gandum
2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )





Cara-cara
Panaskan air kukusan terlebih dahulu
Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun bolih. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.
Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.
Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp.




Selamat mencuba!!! 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..