Friday, April 20, 2012

Daging Kandar




semalam banyak nau keje nak kena buat..so aku dok belek esbok tgk ada daging cik abang beli ari rabu lepas.. erm..n ak masak apa ye? pikir dok pikir.. teringat ada resepi yg aku dah masuk list.. so menggagau la aku bukak pc .. cek folder resepi.. hehe.. dah modern skg.. type je lah.. kalau zamn mak saya dulu dok salin .. naik lenguh tangan.. tp kan tulis ngan tangan ni.. ye lah dalam buku kan.. so bole lah bawak merata.. kalau kt pc tu.. aei.. takkan lah nak bawak ke dapur pulakkan?. Gilo apo.. hahahha.. cik abang nak belikan tablet jual mahal.. hahahaha.. harap2 dia baca lah post aku ari ni.. hahaha.. ok lah stop membebel panjang.. resepi semalam Daging Kandar.. memang sedap !! saya amik dari dapur Ha-sue rata2 ramai dah cuba.. dan seme memuji la..

in my POV... wah.. daging kandar ni .. ada rasa cam kari sikit, masak merah, rasa cam paceri pun ada.. macam2 ada senang cerita.. hahaha.. tp cik suami pun memuji.. sedap katanya..  meh kite ke resepi ye..


Daging Kandar
Source: kaksma@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1/2 kg daging
* 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
* 2 sudu besar kicap pekat maggi
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
* 1 labu bawang besar(dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)
* kulit kayu manis dan bunga lawang
* sedikit daun kari
* garam dan perasa

Cara-cara

1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti


nota: sesuai makan dengan apa jenis nasi dan makan ngan roti  pun sedap!! 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..