Wednesday, April 25, 2012

Mihun goreng




Menu sarapan hari ni.. sedap dan cepat je.. campak2 siap! hahaha... ada anak kecik ni tak leh buat yang pedas nanti anak2 tak bole nak makan.. so kena less spicy then baru la bole bagi depa ni makan.. eh.. cakap penang pulak hahaha..  meh kite cek resepi

Bahan:

Bihun
Bawang merah
Bawang putih
Telur sebiji
Daging
Tauhu
Kobis
Kicap cair
Sos tomato
sikit je cili kisar
Kuchai
Garam
Gula

Cara:
Bawang merah dan bawang putih dikisar. Daging di potong nipis. Panaskan minyak. Tauhu di potong kecil dan digoreng ketepikan. Masukkan telur..hancurkan.. biar seketika..asingkan. Tumis daging seketika, masukkan bawang merah dan putih , tumis hingga naik bau masukkan cili kisar.. tumis seketika. masukkan kicap, sos tomato.. bubuh sikit air masukkan garam dan gula.. masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata. Bila bihun dah lembut masukkan kobis (potong kecil), kuchai , tauhu dan telur tadi. Gaul rata. Rasa garam. Kalau tawar.. amik 2 sudu air panas (di dalam mangkuk kecil) masukkan garam .. gaul kejap..pastu rata2 kan kt dalam bihun tadi. Siap!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..