Friday, April 27, 2012

Tofu Mapo



Semalam tak tahu ke menu apa nak masak..so dok godek internet.. blog walking.. jumpla pulak satu resepi ni .. dan sangat lah mudah membuatnya.. hehhee.. namanya Tofu Mapo saya amik resepi dari blog kak Amida kt SINI .. thanks kak..sedap tofu mapo nih.. Kak amida kata.. resepi ni dari Korea.. so ala2 K-pop la ku semalam hahahahah.. tapi memang sedap dan mudah je..tapi saya ada derhaka sikit kt resepi.. tambah cili hijau dan halia juga ayam cincang.. ampun kak.. hehe.. meh kite cek resepi.. 



Tofu/Tauhu di goreng terlebih dahulu (di potong dadu - tidak terlalu garing)


mix vege (saya letak banyak kalau nak letak sket je pon tak pe atau takkan letak pon tak pe)


Ko chu jang (cili paste korea) - Gantikan dengan cili boh ikut kepedasan masing-masing


Kan jang (kicap korea) - Gantikan dengan kicap manis cap kipas


Oyster sauce


Tomato sauce


beberapa ulas bawang putih (di blend)


beberapa ulas bawang merah (di blend)


sedikit tepung jagung


garam secukupnya


sedikit bijan ** saya tak letak sebab takde


Cili Hijau**ni saya tambah


Halia** ni saya tambah


Ayam cincang** ni saya tambah










CARA-CARANYA




1. Goreng tauhu terlebih dahulu (tidak terlalu garing) angkat dan sejukkan.


2. Masukkan bawang putih, bawang merah.


3. Dah naik bau masukkan cili, kicap, oyster sauce, tomato, garam gaul sebati.


3. Masukkan mix vege gaul sebati.

Thursday, April 26, 2012

Sagu Gula Melaka



Sekarang cuaca tak menentu.. kejap hujan kejap panas..  kenkadang tu tiba2 hujan selebat lebat.. tapi adalah dalam 5 minit.. pastu senyap je.. hehehe.. orang kata tu hujan asid ye.. Hujan yang dibenihkan di awan, sebab cuaca yang panas..hahahaha.. ye ke? orang kata la.. hehehe... petang ni panas sangat so sempat buat sagu gula melaka ni.. memang sejuk je masuk tekak.. buatnya mudah dan tak banyak modal.. hehehe


Resepi nya:


Ambil sagu dalam 2 cawan , rendam dan biar kembang. Panaskan air dalam perik kecil..biar mendidih masukkan biji sagu tadi. Masak hingga dah tak nampak mata lagi.. ape tu? sagu ni atau orang paggil sagu mata ikan. Masak hingga jadi jernih . Toskan, lalukan air sejuk bagi hilang kanji tu.. pastu letak la dalam mangkuk kecil atau besar pun bole.. simpam peti ais. 


Pastu boleh lah mula memasak kuahnya. Amik santan , garam dan sikit air panaskan dalam periuk. Simpan peti ais. Untuk kuah gulanya pulak.. amik gula melaka (gula merah pun bole tp nanti takdelah melaka tu..hehe) msaukkan dalam periuk ngan secawan air, kalau tak cukup manis tambah gula sikit dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Biar sejuk kejap simpan peti ias jugak. hahaha.. semua simpan peti ais.. bukan apa nanti sejuk je.. sagu kita tuh.. 


Dalam sejam, keluarkan sagu dalam mangkuk kecil, letak sikit santan dan gula merah. Siap!

Wednesday, April 25, 2012

Kuih Talam Gandum



Talam gandum atau talam gula merah.. ni memang feveret la.. cik suami memang dah tau lah kalau gi beli kuih.. dia mesti beli kuih ni.. dia tahu mem besar ni suka.. hahaha.. asik membeli je.. kali ni cuba buat pulak.. senang je.. buatnya.. ni first attempt ..alhamdulillah jadi.. cuma kali ni aku buah setengah adunan je.. sebabnya tak ramai pemakan kt rumah ni.. hehe..  next time nak cuba buat talam ubi pulak.. bile tu ye?? hehehe.. biarlahmasa yang tentukan. cheeewahh!! .. aku godek2 tenet dok cari resepi yang paling mudah dan bahan yang sememangnya ada kt umah je... terjumpa resepi dari Mama Kastam Tioman dari MyResepi  .. bahannya mudah dan sedap sangat.. terima kasih mama untuk resepi ni.. 


Meh kite ke resepi



Bahagian bawah
2 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
4 cawan santan cair
Bahagian atas
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 cawan tepong gandum
2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )





Cara-cara
Panaskan air kukusan terlebih dahulu
Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun bolih. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.
Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.
Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp.




Selamat mencuba!!! 

Mihun goreng




Menu sarapan hari ni.. sedap dan cepat je.. campak2 siap! hahaha... ada anak kecik ni tak leh buat yang pedas nanti anak2 tak bole nak makan.. so kena less spicy then baru la bole bagi depa ni makan.. eh.. cakap penang pulak hahaha..  meh kite cek resepi

Bahan:

Bihun
Bawang merah
Bawang putih
Telur sebiji
Daging
Tauhu
Kobis
Kicap cair
Sos tomato
sikit je cili kisar
Kuchai
Garam
Gula

Cara:
Bawang merah dan bawang putih dikisar. Daging di potong nipis. Panaskan minyak. Tauhu di potong kecil dan digoreng ketepikan. Masukkan telur..hancurkan.. biar seketika..asingkan. Tumis daging seketika, masukkan bawang merah dan putih , tumis hingga naik bau masukkan cili kisar.. tumis seketika. masukkan kicap, sos tomato.. bubuh sikit air masukkan garam dan gula.. masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata. Bila bihun dah lembut masukkan kobis (potong kecil), kuchai , tauhu dan telur tadi. Gaul rata. Rasa garam. Kalau tawar.. amik 2 sudu air panas (di dalam mangkuk kecil) masukkan garam .. gaul kejap..pastu rata2 kan kt dalam bihun tadi. Siap!

Sambal cili pedas.. my feveret



Semalam cik abang selsema. so takde lah deria rasa dan bau.. kekeke... so aku just gorengkan ayam dan buat sambal ni.. teringat ayah saya kata.. kalau demam makan pedas2 nanti berpeluh.. lekas lah baik.. hahaha.. tapi sambal ni memang sedap dan pedas gilerrrrrrrrr!!.. nasib aku tak gile masa makan sambal nih.. hahahahahha.. ok serious time.. hahaha..


Sambal ni memang feveret aku dan kalau makan kalau tak berpeluh memang tak sah.. sebab memang pedas tapi yang penting sambal ni memang pembuka selera.. buatnya pun memang senang.. kalau rasa2 takde selera makan tu.. cer try buat sambal ni.. memang terbukak la segala.. hehe.. 


Resepi: Sambal pedas
Sumber:Nora@DuniaKecilKita


Bahan:
8 biji Cili Api merah
2 biji Cili Hidup (merah)
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis
1 biji tomato
garam 


Cara:
Semua bahan diatas di goreng seketika..cuma ikan bilis di goreng garing la. Slepas di semua bahan digoreng, blend atau tumbuk semua bahan yang di goreng masukkan garam gaul rata. Siap!




nota:jumlah bahan terpulang ye.. kalau nak kurangkan cili api tu pun bole.. 



Tuesday, April 24, 2012

Daging Goreng Kunyit




Lambat aku update ari ni.. cik abang tak keje ari ni sebab kurang sihat.. selsema.. so terbaring je... saya ni curi2 masa update.. ari ahad aritu aku masak menu ni.. senang sangat buatnya.. bole cek resepi kat SINI  sama je.. cuma kali ni aku tak bubuh lada hitam.. aku letak pelbagai sayur.. haha.. carrot, kacang panjang dan tomato,, nak kasi lagi sedap.. dah jadi satu lauk..  untuk dapat hasil cam kat atas.. bubuh serbuk kunyit tu lebih sikit.. dan masa masak sayur yang keras mera tu.. letak sikit air.. so nanti akan ada lah cam kuah2 pekat gitu.. jgn berkuah sangat nanti jadi kuah daging pulak. hehehehe


And hari tu jugak.. kami ke taman .. si kecik Umar dah pandai jalan.. so memang seronok lah tengok dia ...

Umar ngan abah.. 
Aina..  kemain penat ... tapi sempat posing bile nak amik gambar

hero ibu.. Umar Qhalif 

Monday, April 23, 2012

Kari Sotong



Kari sotong today's menu hehe.. dah lama tak buat.. last buat masa kt kampung .. aku ni memang la feveret kuah kari ni..apa2 kari lah.. kari ayam, kari daging, kari sotong.. hehehe.. tp mesti kuah pekat!..masa zaman anak dara dulu.. ayah saya kata.. "ko ni nanti kahwin ngan mamak agaknya" .. hehehe.. tapi tak .. hahaha.. kahwin ngan orang jawa melaka.. hehehe.. dia pun dah suka masakan jenis kari2 ni.. tp untuk kari sotong ni dia cuma amik kuah nya je.. sotong nye tak.. hehe.. aku je lah yang perabihkan nanti..


buat kari sotong senang je.. macam masak kari ikan.. sama camtu .. bole cek resepi kt sini  cuma kari sotong ni.. tak yah lah nak buat segala bendi or terung.. hehe.. satu lagi kari sotong ni.. jgn masak lelama nanti sotong tu liat cam getah.. hehe..  biar dah didih.. bile bubuh garam, santan dan pak aji sikit.. baru letak sotong dalam 5 minit dan dah didih tu.. tutup api.. siap!


Selamat mencuba! 





Saturday, April 21, 2012

Roti piza feveret Aina



Ni salah satu dari feveret anak dara aku.. suka sangat.. kalau bangun tidur je.. "ibu, nak roti cheese".. padahal ni roti bukannya ada cheese aje.. ada daging and sosej lagi.. yang benor nya dia suka kan cheese tu je.. dia makan yang bahagian atas roti dulu pastu baru rotinyer.. itu pun selepas aku menjadi ibu tarzan.. baru dia makan... hehe... 


buatnya senang je.. amik roti, sapu kan sos tomato , bubuh lah daging berger ker, sosej ke..apa2 lah kesukaan anda.. haha.. pastu sapulah mayonis sikit atas tu.. last taburkan cheese... aku guna .. cheddar cheese tu.. pototng kecik2 letak je atas tu..pastu bakar.. asal roti nampak garing dan cheese mencair .. agak2 bahan2 atas tu dah masak.. tutup lah oven tu.  Siap


aku potong2 gini lepas bakar.. senang anak2 nak ngap! hehe





Daging Berlado



Daging berlado ni, memang dah lama nak buat.. sebelum ni pernah buat tapi resepi ni yang paling mudah dan cepat ! Yang paling penting sedap!!!sama rasanya macam kite gi kedai nasi padang tu.. hehe Kalau cik suami ke Wong Solo tu.. dia mesti order ni.. tp di panggil Empal Sapi.. hehe..  Masakan ni memang popular kat kedai Nasi padang lah.. kalau gi mesti ada.. kalau tak ngan daging, ngan paru lah , telur rebus tak pun ayam..hehehe

Saya amik resepi dari SINI .. kat SINI pun..terima kasih untuk resepi ni ye.. izinkan saya share kat sini pulak..


Resepi: Daging berlado
Resepi dari: Kak Ummi
Sumber:Nora@DuniaKecilkita


Bahan:-
•    500 gm daging batang pinang *saya guna daging bahagian mana tah.. hehe.. and sikit je saya buat
•    1/2 - 1 sk. garam
•    1/8 sk. serbuk kunyit
•    4 ulas bawang putih - tumbuk halus
•    500 ml air
•    Minyak untuk goreng
•    1 sudu besar jus limau nipis *saya tak letak
•    1 biji tomato (di potong dadu) *ni saya tambah
•    1 biji kentang (di potong bulat dan digoreng garing)*ni saya tambah






Bahan Ditumbuk Kasar:-
•    250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4
     tangkai cili padi merah)
•    150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
•    1/2 - 1 sudu kecil garam





Cara Memasak:-
1.    Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian
       bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk
       kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2.    Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan
       tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan
       tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk.
       Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan
       masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3.    Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan
       daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi
       jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..)
       Angkat dan toskan.
4.    Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebih kurang
       150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar
       hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan
       pecah minyak.
5.    Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau
       menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan
       matikan api.
6.    Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.

Sumber : Kak Ummi


Cubalah memang sedap!! makan lak ngan nasi paneh.. pergh!!  hehehe

Friday, April 20, 2012

Daging Kandar




semalam banyak nau keje nak kena buat..so aku dok belek esbok tgk ada daging cik abang beli ari rabu lepas.. erm..n ak masak apa ye? pikir dok pikir.. teringat ada resepi yg aku dah masuk list.. so menggagau la aku bukak pc .. cek folder resepi.. hehe.. dah modern skg.. type je lah.. kalau zamn mak saya dulu dok salin .. naik lenguh tangan.. tp kan tulis ngan tangan ni.. ye lah dalam buku kan.. so bole lah bawak merata.. kalau kt pc tu.. aei.. takkan lah nak bawak ke dapur pulakkan?. Gilo apo.. hahahha.. cik abang nak belikan tablet jual mahal.. hahahaha.. harap2 dia baca lah post aku ari ni.. hahaha.. ok lah stop membebel panjang.. resepi semalam Daging Kandar.. memang sedap !! saya amik dari dapur Ha-sue rata2 ramai dah cuba.. dan seme memuji la..

in my POV... wah.. daging kandar ni .. ada rasa cam kari sikit, masak merah, rasa cam paceri pun ada.. macam2 ada senang cerita.. hahaha.. tp cik suami pun memuji.. sedap katanya..  meh kite ke resepi ye..


Daging Kandar
Source: kaksma@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1/2 kg daging
* 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
* 2 sudu besar kicap pekat maggi
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
* 1 labu bawang besar(dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)
* kulit kayu manis dan bunga lawang
* sedikit daun kari
* garam dan perasa

Cara-cara

1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti


nota: sesuai makan dengan apa jenis nasi dan makan ngan roti  pun sedap!! 


Wednesday, April 18, 2012

Ayam Seri Harum




Assalammualaikum.. salam rabu ... haha..  Ok lah masa jenjalan kt dapur kak nor Secubit Garam.. ternampak pulak kak nor masak Ayam Seri Harum.. meleleh air lir tengok nyer.. terus lah .. aku ke dapur cek ada tak bahan2 nak buat nih.. selak punyak selak .. ada lah pulak.. aku pun mulakan la operasi memasak Ayam Seri Harum ni.. memang sedap kak nor.. makan lak ngan panas.. pergh!! cik suami siap bawak bekal lagi gi opis.. hehehe.. terima kasih kak nor untuk resepi yang mabeles ni.. kak nor nya ayam seri harum nampak can cekelat2 merah.. aku nyer cam kaler oren merah.. hahaha.. naper ek? banyak nau kunyit or santan terlebih sudah.. hahaha.. apa pun rasa dia memang sedap.. ada rasa cam rendang gitu .. izinkan saya share kat sini ye.. 


Moh kite ke resepi..




AYAM SERI HARUM

AYAM SERI HARUM

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.









Tuesday, April 17, 2012

Sayur Campur



Assalammualaikum..  apa khabar? Hari ni saya kurang sihat.. selsema .. hehe... ada anak kecik ni risau takut jangkit ke dia.. harap2 takde lah.. anak ibu kuat! hehehe


Ok la.. sayur campur ni saya buat masa adik saya datang hari tu.. dok belek sayur dlm esbok tengok ada kacang panjang, bunga kobis, capsicum .. wahh.. buat sayur campur je lah..
Memang senang.. apa sahaja sayur kesukaan leh le tambah.. 


Potong sayur dan basuh. Untuk rencah saya guna bawang merah, putih dan udang serta fish cake. Tumis bahan rencah ni hingga naik bau.. masukkan air sikit.. campak (wah.. campak! hahaha.. bubuh lah hehehe) sayur yang keras meras cam carrot, bunga kobis dan kacang panjang.. letak suun kalau nak la.. biar hempuk sikit .. masukkan capsicum letak garam dan perasa. Biar mendidih. Siap




nota:kalau nak kuah letak la air bebanyak.. hehehe.

Monday, April 16, 2012

Asam Tumis Ikan Tenggiri



Asam tumis ikan tenggiri ni saya masak masa adik2 saya datang umah hari tu.. senang dan cepat je. Orang Melaka standard la.. mesti ada menu ni. Kalau orang luar akan panggil asam pedas tp kami orang melaka panggil Asam tumis.. kalau masak ce cair camni.. kalau guna daging kami panggil Grang Asam .. hehehe.. pelik kan? hahahha.. 


Ok la malas nak membebel lagi.. meh kiter cek resepi 




Sumber: Nora@DuniaKecilKita


Bahan:  (jumlah bahan agak2 ye)


Ikan tenggiri (ikan apa pun boleh)
Bawang merah *dikisar
Bawang putih *dikisar
Kunyit Hidup (dlm 1/2 inci je.. jgn bebanyak nanti pahit) *dikisar
belacan (besar ibu jari) *dikisar tp kalau tak nak bubuh pun tak pe
Cili kisar ( dlm 2/3 cawan)
Air asam jawa
Air 5 cawan
Garam
Perasa


Cara:
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.. masukkan air asam jawa sikit dan letak air . Biar Hingga mendidih. Masukkan ikan. Bila dah mendidih je letak garam dan perasa. Letak bendi atau terung . Biar mendidih. Siap!

Saturday, April 14, 2012

Lomo Saltado




Today post i will wrote in English..  hehe.. wahh... why? this menu i made was introduced by my lovely friends from Peru.. Fabiola Rojas. Thanks faby for the wonderful recipe..  


Lomo Saltado is the name of my menu today.. Lomo means meat and saltado means jumping (haha...) .. the menu got chinese influent on it. And actually this dish is a like "Daging Masak Kicap" but a bit different in ingredient and it's easy to make. 




Source: Nora@DuniaKecilKita




Ingredients


1 (16 ounce) package frozen French fries *am using potato, peeled and cut it
vegetable oil as needed
1 pound beef tri tip, sliced 1/8 to 1/4 inch thick
salt and pepper to taste
1 large onion, sliced into strips
3 large tomatoes, peeled, seeded, and sliced into strips
1 yellow chili pepper (preferably Peruvian aji amarillo) *am using capsicum
1/4 cup distilled white vinegar
1 dash soy sauce to taste
2 tablespoons chopped fresh parsley






Directions


Prepare the bag of French fries according to package directions. *am fried the potato, until cooked and remove from pan
While the French fries are cooking, heat the oil in a frying pan over medium-high heat. Season the sliced meat with salt and pepper to taste. Fry the meat until just cooked, and the juices begin to release. Remove the meat from the frying pan, then cook the onions, with additional oil if needed, until they are transparent. Stir in the tomato and aji amarillo; cook until the tomato softens. Pour in the vinegar and soy sauce, add the French fries, cover, and cook until the beef is done, about 3 minutes. Season to taste with salt and pepper, and sprinkle with chopped
 parsley to serve.





Eat together with hot rice..  nyummy!! 




ni lah org nyer Fabiola Rojas

Friday, April 13, 2012

Daging Kurma



Sumber:Nora@Dunia Kecil Kita



Bahan:




Daging ( di potong kecil)
Bawang Merah
Bawang putih
Halia (1 inch )
Serbuk Kurma Babas (ayam dan daging) *serbuk kari dibancuh sikit dengan air*
Santan ( saya guna santan pekat)
Garam
Kentang
Garam
Perasa


Cara:


1. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend halus
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan blend (gaul rata) sampai naik bau
4. Masukkan rempah kurma ( saya suka letak banyak, nak kan rasa kari kaw.. hehe)
5. Gaul rata .. tumis hingga pecah minyak
6.  Masukkan daging (gaul rata) masak dalam 5 minit ~letak air secawan
7.  Masukkan kentang..  (gaul rata.. masak hingga kentang agak empuk)
8. Masukkan santan pekat tadi..
9. Letak garam dan tomato dan cili
10. Tutup api

Wednesday, April 11, 2012

Donut ball lagi..



Assalammualaikum.. apa khabar? hehe.. ari ni cuti sempena Pertabalan Agong pada Sultan Kedah.. Daulat Tuanku.. 


Ok lah donut ni memang feberet  anak dara aku Aina.. kalau petang je.. "Ibu nak donat?" .. ala..malasnya.. tp demi anak ku gagahkan jua.. chewah!! haha .. ni kali ke 2 aku buat donat ikut resepi dan memang menjadi.. gebu gitu.. dan yang penting sukatan bahan nya takdelah banyak sangat.. dan output nya pun cukup2 untuk kami anak beranak.. hehe..




Saya amik dari dapur Kak DayangJack kite .. kat sini .. meang sedap kak!..  terima kasih berkongsi .. saya tepekkan resepi tu kat sini pulak ye..


Donut Ball (Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber :Nora@DuniaKecilKita
bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


*** aritu saya buat saya salut ngan coklat dan buat macam burger malaysia gitu.. kecik2 je kan.. skali hadap je.. hehe.. untuk sambal yang aku guna Sambal Gorang Bonda ..bole check resepi kt sini  





Selamat mencuba 

Thursday, April 05, 2012

Selamat Hari Lahir Umar!

Assalammualaikum..


Lambat saya bersiaran hari ni.. TM buat hal la pulak sejak dari semalam ... Saya sekelrga sihat cuma birthday boy Umar selsema pulak..


Alhamdulillah.. hari ni genap usia anak bujang Muhammad Umar Qhalif setahun..  sekejap je masa berlalu.. sedar2 anak dah besar je nanti.. 


Gambar scan Umar

Umar anak kedua saya selepas Aina.. punyalah seronok mengandung Umar hehe..sebab memang inginkan dia pun.. mengandung ni seronok cuma bersalin tu ada takut sikit..hehehe.. mengandung Umar, alahan saya boleh tahan tapi tak seteruk kakak dia..  mengandung Umar saya suka sangat makan seafood..dan pisang haha.. paling best mengandung dia berat badana ku cecah 80 kg...wahhhhhhhh.. manayk besar wooo!! hehe.. tp tak sekembang kakak dia.. comel je lah .... hahahaha.. Umar lahir seminggu awal.. 
Keluar tanda darah sebelum tu.. tapi tak sakit lah pulak.. so buat dek je.. malam sabtu tu .. darah yang keluar agak banyak so saya dan suami bergegas ke hospital.. seluk punya seluk dah bukak 2 cm.. so doktor suh balik dulu.. besok ahadnya .. saya pulun berjalan sana sini nak mudah bersalin.. makan macam2.. hahahha.. besok Isninnya ku ke hospital sebab ada appointment nak cek bukaan.. tgh dok tunggu turn.. perut ni da rasa semacam dah.. merengat tu dah kejap datang.. wahhh... da rasa contraction.. masuk bilik doktor .. seluk lagi.. hahah... dah bukak 4 cm..patutlah dah rasa sakit2.. so kena admit ward.. ptg tu rasa kejap2 la tp tak kuat...
Malam tu dalam kul 12.. contraction dah makin kuat ni...aku kira dalam seminit tu 4 kali .. wahhh.. tahan lagi.. tp kenapa asik nak terbuang air besor je ni? so .. asik le ulang alik ke tandas.. ada nurse tu perasan kot.. then dia sound " nora.. jgn asik gi tandas ye.. nanti awak bersalin dalam tandas".. pelan2 lah aku keluar.. hehehhe...  merangkak naik ke katil.. tapi contraction makin kuat.. nurse tu dtg kata nak cek ke? tadi saya cek bukaan baru 5 cm .. so besok pagi je lah .. Besok?? aku dah tak tahan ni... dalam sakit2 bole plak aku tertido.. hahahha.. sedar2 aku dah tak  menahan lagi dah... rasa nak meneran je ni.. aku tgk jam dah pukul 4.30 am.. aku panggil nurse.. kata dah sakit sangat nih...
So dia suh aku gi bilik doktor.. Apa?? nak berjalan ke sana pulak?? aku dah beranak nih.. tp aku gagah jugak berjalan.. doktor takde.. so nurse tu je lah yang seluk nya.. seluk punya seluk.. dia kata "Nora dah bukak 9 cm.. good!" aku "apa???" good???  dia kat alagi .. "patutlah awak nak meneran je.." .. bergegas lah dia menyorong aku ke labor room.. call suami.. masa cik suami masuk ke labor room aku dah meneran2 dah.. air ketuban tak pecah lagi.. so nurse tu pecahkan dalam labor room.. masuk air pulak.. bila dah pecah air ketuban.. contraction tu. toksah cakap lah... memang nak meneran je lah... hehehehe.. teran punya teran.. 6.15 pagi anak lelaki aku selamat dilahirkan ke dunia.. masa ada dalam labor room dalam 1 jam je..  mudah melahirkan Umar.. senang nya ibu melahirkan Umar dan mudah menjaga Umar.. Alhamdulillah. 

Umar.. Ibu doakan umar jadi anak yang soleh, menghormati orang tua,sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan moga Umar menjadi seperti Khalifah Umar Al-Khatabb.. Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. mudah-mudahan Amin.



Ibu , abah dan kakak sayaaaaaaaang Umar!! Muah muah!!!...


Tuesday, April 03, 2012

Sambal Goreng Bonda



Asslammualaikum.. apa khabar? Kejap je dah bulan 4 kan? anak2 pun makin membesar.. oklah kite terus ke resepi..
Ekceli.. hehe.. sambal goreng bonda ni nama asal nya Sambal Goreng je.. aku lak menambah Bonda tu.. memandai je aku ni kan?hehe.. ampun mak!! haha.. sambal goreng ni resepi turun temurun.. saya ni org melaka so mcm beselah lauk kalau tak kaler merah memang tak sah... hehe..

Sambal goreng ni kalau betul masaknya boleh tahan sampai sebulan lamanya.. mak saya pergi Haji bawa sambal ni tp kena bg garing skit lagi sambal ni.. baru tahan.. suami saya pun suka.. mula2 tu dia tak bole terima gak.. ye lah sebab sambal ni pedas! .. dia kata mak dia buat sambal macam ni jugak tapi manis pedas... hehe.. saya punya pedas.. hehehehe
Sambal ni sesuai makan ngan nasi panas, roti , lempeng , jadi sambal yg letak untuk burger malaysia tu.. macam2 lah..

Kite cek bahan dan cara ye:

Sumber: Nora~Dunia Kecil Kita~

Bahan:

Ikan Bilis ~banyak2 lagi sedap~
Cili kering~gunting, celur kejap ngan air panas dan blend...banyak mana terpulang ye.. ~
Bawang Merah ~kalau banyak lagi sedap manis rasanya.. dan kurang pedas sikit.. di Blend ye~
Belacan~ kalau tak letak bole~
Garam
Perasa


Cara:
Goreng Ikan bilis hingga garing .. angkat dan toskan. Masukan Cili yg dah diblend ngan bawang tadi serta belacan hingga pecah minyak. Masukkan Garam dan perasa. Biar seketika hingga sambal agak kering (gaul selalu ye kalau tak hangit nanti) .. bila dah garing masukkan ikan bilis. Siap!!



Selamat mencuba!

Monday, April 02, 2012

Pengat pisang


Bahan:

Pisang nangka
Biji Sagu
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Santan
Air
Daun Pandan

Cara:
Masukkan air sikit dalam periuk (sebab saya guna santan pekat) , masukkan gula melaka, dan sagu. Biar sampai sagu tu kembang dan masukkan pisang, santan, gula pasir kalau kurang manis, daun pandan dan garam secubit.. biar seketika.. Siap!!!!



***jumlah bahan agak2 la ye..


terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..