Wednesday, October 31, 2012

Nasi goreng


Selamat pagi.. kejap je da hari rabu :) dah hujung Oktober. Hehe.. plan nak gi bercuti asik tertangguh jek.. tak pelah.. mungkin ada hikmahnya.

Ok lah.. pagi buat nasi goreng cili api.. kalau nak citer pasal nih.. apa2 nasi goreng yang kita buat mesti tak sama dengan nasi goreng mak kita buat. Bahan yang sama, cara yang sama tapi rasa mesti beza. Paling utama sebab rasa berbeza is kita tak tumbuk tapi kita blender (kes M la.. macam aku hehe). Kalau kita perhatikan mak kita nyer nasi goreng bahan2 cam bawang atau cili api tu memang tumbuk2 kasar je. Mak kata lebih sedap camni. hehe.. so skg aku memang jarang guna blender seme tumbuk.. memang la malas kalau diikutkan tapi kalau nak sedap kena la usaha sikit.. 

Buat nasi goreng cili ni mudah je.

Bahan:
Nasi putih (lagi sedap nasi yang dah di masak semalaman)
Bawang merah *tumbuk
Bawang putih *tumbuk
Cili api *tumbuk (nak pedas buh le bebanyak)
Garam
Perasa
Telur

*cara saya.. masa menumbuk cili padi saya letak garam so mudahla kalau nak menggoreng nanti.

Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur. Biar seketika baru gaul rata. Bubuh pereasa. Masukkan nasi putih tadi. Gaul sebati. Biar seketika. Siap!

Tuesday, October 30, 2012

Maggi Goreng


Wah! pecah rekod nih.. hari ni 3 entry aku update kat sini.. hehehe.. rajin la kenkunun.. haha.. bila masa tekak ni kureng ngan nasi teringin pulak nak maggi memalam... so apalagi.. godek2 dapur.. terus memasak.. hehehe.. senang je buat maggi goreng nih.. 

Mee Maggi tu korang rebus dulu.. kasi lembut pastu tapis.Rencah nya letak tepi. Untuk yang ni cik abang pun nak jugak so aku buat 2 paket maggi kari. Untuk ini aku guna sebiji bawang merah sedang2 ngan 2 ulas bawang putih serta 5biji cili api ni aku tumbuk. Aku potong sayur mayur seperti diatas ye. kalau tak nak buh pun bole.. untuk ini.. aku jugak bubuh ayam (potong kiub).Jangan lupa sediakan cili kisar dalam 1 sudu(tak nak pun takpe)  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam kiub2 tu (sikit je) Pastu masukkan cili kisar hingga pecah minyak, masukkan rencah maggi tu. Gaul rata bubuh air sikit je. Gaul lagi. Pecahkan sebiji telur, biar kejap jgn digaul. agak2 mcm dah nak keras.. baru gaul. Masukkan sayur mayur tu. Gaul lagi. Tak abih2 menggaul kan.. hahaha.. pastu rasa garam eh kalau kurang tambah kalau tak tolak.. hahaha.. Last baru masukkan mee maggi yang dah direbus tadi. Gaul lagi.. siap!

Daging Palembang


Hari raya haji ni.. daging memang penuh peti ais.. so kali ni aku masukkan entry resepi daging palembang yang sangat sedap dan mudah je buatnya..  saya jumoa di Di Sini  terima kasih untuk resepi yang sedap nih! saya share di sini  pulak ye..

 Bahan
1/2 kilo daging (hiris nipis) 
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
Cilip adi sikit dikisar *ni saya tambah.. kalau nak pedas.
Minyak masak
Garam

Cara Membuatnya

Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)
Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).

Raya Haji 2012



Selamat Hari Raya Aidiladha

Ha.. dah terlambat den ni kan nak wish? hahaha.. tak pelah better later than never :) 
Tahun ni aku beraya di Melaka. Umah mak ayah di Kampung Duyung melaka
ni ha umah mak den.. gambar ni aku amik masa raya aritu :)

Kami bertolak pagi Khamis terus amik adik aku di UniKL 
adik bongsu aku Ecah.. 

Aku sampai di umah mak pukul 11 camtu.. tak rehat dah.. terus menolong mak ayah yg tgh bertungkus lumus kat belakang memasak untuk raya.. mak rebus ketupat 100 biji.. wah!! banyaknya! tahun ni hanya family aku je yang raya Melaka.. adik badik lain yg da ada family raya umah mentua memasing.. 
ni la rupanya.. kalau umah mak nak memasak untuk raya.. macam kenduri :)

Aku siap memasak semua menu dalam kul 3 petang.. express kan? ha.. siap cepat2 bukan apa.. cepat la rehatnya.. aku ni memang dipanggil chef kt umah.. wah!! gitu.. tapi last resort masakan ku tetap di judge oleh Ketua Chef Hj Abdullah a.k.a Ayah.. kalau sedap.. dia tak kata apa cuma bertambah je.. kalau kureng dia akan kata.. tambah garam sikit.. biar lama sikit lagi.. ha.. gitulah.. hehehe apa2pun ayah tetap tukang masak paling hebat!! bukan mak tak sedap tapi ayah memasak lebih sikit jek.. hahaha

Tahun ni surau moyang ku.. Korban lembu 6 ekor dan 5 ekor kambing.. wah! memang banyak untuk surau yang sekecil tu.. rezki Allah. 
ni gambar aku amik masa raya haji tahun lepas :)

ni beberapa gambar masa di hari raya
 ni suami dan anak2.. mcm bese tukang amik gambar memang salu takde.. almaklumla.. haha
 ni anak bujang aku Muhammad Umar Qhalif.. sayang dia! siap berjubah dan berkopiah.. 
ni adik aku dan anak dara aku Aina Qaisara..

Mak ayah tak dan nak amik sebabnya.. mereka pepagi dah keluar.. 
ni mak ayah.. nota:ni bukan diambil masa raya.. ni masa gi putraya ari tu.. gambar raya den cari tak jumpa pulak..


Bila hari raya haji je.. peti ais penuh ngan daging.. memang seminggu lah makan daging ni.. hahaha.. hari ahad tu kami semua dah jelak dgn ketupat atau laksa.. so mak mintak masak lauk yang ringks2 je... so aku masakkan
Sambal goreng mak, ikan kering mak haha, daging goreng mak jugak.. dan begedil.. berselera semua makan.. kenkadang yang ringkas2 ni yang sedap...

Lagi satu aku ni .. kalau duk kampung suka betul basuh baju.. cepat kering!! basuh baju bukan apa.. senang bila dah balik nanti takdelah keje banyak sangat.
ni lah baju anak2 yang aku sempat basuh sebelum balik.. 2 jam sidai kering!! 

Patutnya hari ahad tu aku gi umah kak ana.. kawan baik aku.. kami dah berkawan lebih dari 10 tahun! dia bertunang ..bukan tak nak pergi tapi tak tau jalan.. kalau ada peta aku berani skit.. tak pelah nanti kak ana kahwin aku mesti pergi!!!
ni ha.. orangnye.. cantik kakak aku nih... tahniah kak ana.. moga berkekalan amin.. 

Hari ahad tu aku balik pukul 6.. sampai KL kul 10.. jalan jam giler!!!! tak pelah..bkan selalu..  nasib aku dah makan kalau tak kebulur... hehehe... kesian kt cik abang memandu.. terimakasih abang. 

Monday, October 22, 2012

Sambal Tumis Sotong Kembang



Dah lama benornya nak buat sambal sotong ni.. semalam baru dapat makan.. tu pun masak sebab adik saya nak datang kalau tak takde makna nye.. sebab saya je yang makan sifut2 nih hehe.. cik abang tak makan.. hehe.. saya beli kt carrefour.. lebar tapak tangan lelaki hahahaha.. tapak tangan aku kecik je.. chewah!! haha.. saya amik 2 ekor dalam Rm5.49 .. tak tau lah murah ke mahal.. ni baru first time beli.. tapi bagi saya okeyla dengan sotong yang besar2 tuh..

Nak resepi ker? ala korang mesti lagi pandai.. haha.. sambal sotong ni saya kawankan dengan Nasi lemak... wah! berselera aku dan adik aku makan.. pastu ku masak sikit rendang ayam. 




Saturday, October 20, 2012

DONUT (TANPA TELUR)


Selamat pagi.. wah! ari ni pecah rekod pepagi aku menaip nih.. hahaha.. pagi ni cuaca elok pulak.. ari ni mak nak pergi mengurut.. badan  dah sakit2 nih..:) 

Kita proceed ke resepi je la.. banyak keje lain menanti.. kali ni saya buat Donut tanpa telur.. erm.. pada pendapat saya.. dia tak segebu donut yang saya buat sebelum ni.. tapi okey lah.. lemak2 gitu.. asalnya nak buat Donut gebu tu.. dah dok sediakan bahan.. telur pulak takde.. dah abih.. tapi ini tak mematahkan semangat aku.. chewahh!!yo yo je.. hahaha.. aku cari jap resepi donut tak guna telur .. ada pulak.. dengan lafaz bismillah aku buatlah.. jadi pun.. siap buat frozen lagi.. anak2 memang hantu donut.. hahaha

Saya amik resepi dari blog ni Inaku's Notes.. terima kasih ye..saya share resepi di sini pulak..


Sumber : Majalah RASA
Dari:Inaku's Notes
Bahan-bahan
200gm tepung
20gm gula
20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
1 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh garam
100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.

Cara-cara
Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.




ha.. tu ha dalam eh.. gebu kan.. cubalah.. 

Wednesday, October 17, 2012

Paru Goreng Berlado



Paru berlado ni feveret cik suami.. dia sangat2 suka.. saya pun suka juga... sedap.. hehe.. orang kata jgn makan dalaman haiwan nanti tak terang hati.. bagi saya sekali sekala apa salahnya.. hehehe... 

Saya suka masak lempap2 camni tak suka garing sangat paru tu.. yelah kita dah rebus empuk.. pastu goreng garing.. keraslah bila dah sejuk.. so buat camni.. paru tu lembut jek.. tapi terpulang pasa selera masing2 ye... ayah saya dulu.. di hiris nipis.. goreng garing. ha.. cam keropok jadinya.. tapi sedap! hehe.. 

Buatnya tersangat senang.... meh kita cek resepi

Resepi:Paru Goreng Berlado

Bahan:
1. Paru - basuh bersih, rebus hingga empuk.. *cara saya rebus bersama sedikit garam, sedikit hirisan halia dan beberapa titik cuka( yg ni saya ikut cara orang korea.. dia kata untuk kurang bau pada daging.. )

2. Bawang besar
3.Cili padi merah (kalau nak pedas bubuh le banyak.. tapi awas ye cili padi merah memang sangat2 pedas.. )
4. Cili hidup merah (dalam 6 )
3.Tomato (kalau tomato besar.. satu cukup.. kalau kecik.. 2 biji tomato okey da)
4.Sedikit belacan
5.Garam
*bahan diatas ni.. jumlahnya ikut banyak paru.. kalau sikit je paru.. kurang2 kan bahan ni ye..

Cara:
Paru yang dah empuk..di hiris nipis. Ketepikan. Goreng seketika dengan minyak. angkat.
Sediakan semua bahan seperti bawang (dipotong baji) , Cili merah di kerat besar, tomato dibelah 4. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kecuali paru dan garam. Biar hingga semua bahan agak layu. Angkat.

Blender/tumbuk kasar bahan yang digoreng tadi. Didalam kuali yang sama.. masukkan semula bahan yang diblender tadi. Masukkan garam, perasa. Rasa garamnya. Masukkan paru yang yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Siap!!


nota:untuk sambalnya bole juga diguna untuk daging, ikan atau ayam. sedap jugak!


Monday, October 15, 2012

Favorite manu cik abang : AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG




Apa khabar? dah lam tak update sejak2 last post hari tu.. bukan tandanya tak memasak.. tapi penyakit M melanda.. haha.. tapi kenkadang tgh rajin2 ni internet slow pulakk.. terus potong stim mak nak update.. 

Hari ni saya masak lauk ayam masak kicap ni.. penang style.. memang feveret cik suami.. dia sangat suka lauk ni.. bukan dia saja saya pun sama.. memang sedap lah.. boleh cek resepi kat SINI.. saya pernah buat entry menu ni dulu..  cuma kali ni saya guna serbuk cili.. sebelum ni saya guna cili kisar.. rasa dia ada beza sikit la.. tapi memang sedap!.. 

4-5 hari ni .. pagi hujan sampai ke petang..  dai petang sampai ke malam! haha.. nak gi pasar malam asik tertangguh jek.. takpelah Hujan ni rahmat. Cuma kenkadang tu bila kerap sangat.. ia jadi buah mulut jugak la.. ni mengingatkan saya pada.. Kesederhanaan.. Macam hujan jugak.. kalau kurang hujan.. panas pulak.. air pun kurang.. kemarau.. tapi bila hujan terlebih sudah.. banjir.. nak bergerak susah, anak2 selsema .. yelah sejuk.. so apa2 pun kena lah sederhana... hmm.. apalah yang aku merepek petang2 ni kan.. hahahaha.. abaikan.. hahahahaha... 

Apa2 pun stay safe.. stay healthy.. wahai pembaca.. hehe.. jangan lupa cuba menu kat atas ni ye..

Tuesday, October 09, 2012

Tak bole blah..


Yang ni sebenarnya citer lawak serius okey.. hehehe... dah lama berlaku.. tapi baru2 ni je teringat..  

Masa tu kami makan di luar.. cik suami menunggu dengan anak sementara saya gi memilih lauk.. sedang dok pikir2.. ada sorang lelaki ni.. sambil cedok lauk dalam plastik sambil cakap kt hp... saya dengar cam dia tgh pilihkan lauk untuk anak dia.. saya fikir "oh.. anak dia tunggu dalam kereta dengan isteri dia kot" .. tiba2 dia cakap " keluar lah..pilih sendiri!" saya ckp dlm hati.. "oh anak dia dah besar rupanya"

Saya dan dia sama2 gigih mencedok lauk..hahaha.. datang lah anak lelaki tu.. 2 orang.. seorang pompuan dan lelaki.. nampak cam baru belasan tahun.. tiba2 si anak yang lelaki tu kata "ayah.. kenapa pilih lauk ni.. tak bole blah betulah!" siap gelak2 lagi..  datang yg pompuan pulak.. gelak sama.. dalam hati saya.. eh budak ni! 

Semua lauk yg bapak dia cedok.. dia adik badik asik cakap "tak bole blah.." ni tak boleh blah.. tu tak boleh blah..  dalam hati saya.. budak2 baru nak naik camni lah.. baru blajar perkataan tak boleh blah kot.. haha.. saya tengok si bapak ni diam je..

Tetiba bapak dia bersuara "Semua tak bole blah? ayah blah dulu.. korang bayar tau!" alamak si ayah dah mengamuk.. pastu adik badik yg dok tergelak dari tadi ni.. terdiam.. ha! padan muka kau.. dalam hati saya..  si anak lelaki bersuara "ayah kita orang mana bole bayar" si bapak balas "tak boleh bayar ke? tak bole blah betullah korang ni!" hahahahahahahaha.. raca cam nak gelak guling2 tapi ku tahan.. amik kau! 

Adik badik ni terdiam malu.. hahahaha.. 

Okeylah niat saya bukan nak malukan dia... cuma buat pengajaran pada kita.. orang tua jangan ingat dia dah tua dia taktau apa2.. dia lebih dulu makan garam.. maybe kenkdg ada yang tak bole ikut tapi kita kena amik pandangan mereka.. nak2 mak ayah.. biar berkat sikit apa yang kita buat.. insyaAllah

Monday, October 08, 2012

Umar pertama kali potong rambut



Assalamualaikum.. apa khabar? kejap je dari senin kan? nati tup tup dah nak abih bulan sepluh.. hehe..

Kali ni nak buh entry pasal Umar .. anak bujang .. umur dia baru 1 tahun  bulan.. lom pandai cakap lagi.. yang dia tau sebut "abah", "Kakak aina".. ibu?hmm.. lom pandai sebut.. hehehe tak pelah.. mama di panggilnya..hehehe.. 
Kisahnya camni.. anak saya ni rambutnya dah panjang.. so orang selalu kata dia pompuan.. masa kt sepital ari tu misi2 dok panggil dia anak dara.. hahaha...

ni ha Muhammad Umar Qhalif

Rambut dia kot yang buat dia jadi cam pompuan.. so kami pun nak potong rambut dia kasik nampak jantan sikit hehehe.. 
Kami ke saloon kawan baik saya yang baru dibuka di Galaxy ampang. 


El Estillo Hair Studio


 ni ha kawan baik saya Faeez

ni pulak partner saloon tu.. Pali  hehe (akak amik gambar dari Fb.. ritu datang tak pulak amik gambar pali hehe)

Masa kami sampai .. dalam kul 8 lebih camtu la.. saya datang bukan tangan kosong k.. hahaha.. saya bawak mee goreng dari rumah.. kekeke nak jugak tulis.. 

cik suami dukung umar 


anak dara aku aina..sampai2 terus nak main.. apa2 je la aina 


masa tu ada seorang customer tgh rebonding ... keke.. rasa cam berminat pulak nak rebonding hahaha.. kedai saloon kawan saya tu pulak tgh buat promotion



masa mula2 nak potong rambut umar cam rilex je..


 pastu... biar gambar je yang bercakap


sepanjang-panjang potong rambut tu.. umar menangis.. siap muntah lagi.. hehehe.. payah nya nak potong rambut dia.. akhirnya kami mengalah jugak.. stop kan jelah... kang apa pulak yang keluar.. hahaha.. tukang gunting rambut a.k.a Pali tak puas ati tapi aku kata tak pelah okey la ni.. budak2 pun kan.. 

ni ha after potong rambut.. kekeke.. baru la nampak muka and telinga umar yang capang tu.. hahaha.. apa2 anak ibu tetap comel hokey! hahaha... 

Masa kami sampai tu.. kedai dah nak tutup.. so kami la customer terakhir gitu... hehehe
Terima kasih faez ya.. aku doakan kedai kau makin maju.. insyaAllah.. nanti bole belanja aku.. ahahahaha.... 

Kepada sesiapa nak pergi bole la pergi ke alamat ni ye:


Lot G1-72,Galaxy Shopping Centre
Taman Dagang,Ampang
Selangor
No Tel: 014-2142856 (Fad)/0122828687(Faeez)






Thursday, October 04, 2012

Hati Lembu Masak Lada Hitam



Lambek den update ari ni.. hehe.. penyakit M melanda.. dah tu ada masalah plak ngan flash.. asik crash jek page FB.. so kena tunggu cik abang balik betul kan .. hehe

Hari ni masak hati lembu masak lada hitam.. gara2 tergoda ngan hati lempap cik mat hehehe... gi pasar malam.. ada jual hati tapi besar2 tapak tangan den je yg hadooo.. jadi lah.. tekak ni mengoloh sangat kan.. hahaha... nak buat ikut resepi cik mat sebenarnya.. takdok pulak ketumbar biji.. so menu kedua masak black paper..   meh kita cek resepi

Resepi:Hati lembu masak lada hitam

Bahan:
1. Hati lembu *mestila takkan hati den pulak.. hahaha
  ~basuh, dan kerat kecik hati lembu tu
2. Bawang merah sebiji
3. Bawang putih 3 ulas
4. Halia dalam 2 inci
  ~bahan diatas ni.. tumbuk halus
5. Lada hitam 1 sudu besar
6. Kicap 1 sudu
7. garam
8. perasa
9. Air sikit

Cara:
1. Didalam mangkuk ambil hati lembu yang dah dipotong, masukkan sikit bahan yang ditumbuk, kicap dan lada hitam gaul rata.. perap seketika. 
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk selebihnya.. hingga naik bau, masukkan hati lembu yang diperap tadi. Hati lembu akan keluarkan air.. 
3. Masak seketika... letakkan air sikit. Nak kasi lembut hati tu.
4. Letak garam. Kalau nk kuah letak le lebih air.. kalau tak biar hingga kuah pekat.
Siap!


Wednesday, October 03, 2012

Mee Sup mudah



Hi pembaca.. wah.. macam majalah pulak kan?hehe.. hari patutnya wordless wednesday tapi dah lama since my last entry so i add new entry for today :) 

Mee Sup mudah ni, saya buat pagi ni.. cepat je siapnya.. bahan pun tak banyak yg ada so saya letak apa yang ada je..  anak dara saya yang requested nak mee sup.. so ibunya a.k.a saya ni buat ler..  cakap kt suami.. dia kata "eh.. sempat ker?" haaaa.... ni yang kenkdg org laki tak tau.. org pompuan ni kalau nak buat cepat je siap nya.. main campak2 jek.. tapi jgn sampai tercampak periuk kuali semua udahlah..  kang ada benda lain yang tercampak pulak kang.. hahahaha.. gurau je.. 


Mee sup ni sangat mudah, bahan2 yang memang ada kt umah je... tak yah nak fancy2 sangat letak je apa yang ada (tapi kalau nak letak takde masalah.. selera memasing) meh kita cek resepi:

Resepi: Mee Sup Mudah


Bahan:
1 bungkus mee kuning (celur kasik lembut sikit tapis)
Untuk sebungkus mee ni saya guna:
1/2 biji bawang merah sederhana besar *ditumbuk
3 ulas bawang putih *ditumbuk
Air 4 cawan atau lebih
Ayam *potong kecik (saya guna sikit je.. dalam semangkuk kecil )
Sawi *basuh.. siang le sawi tu
1/2 kiub ayam
Garam sikit
beberapa titik sos ikan
1/2 sudu kicap soya

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk hingga naik bau.. masukkan air. Biar mendidih, masukkan ayam dan kiub tadi. Gaul biar hingga masak. Masukkan beberap titik sos ikan dan kicap tadi. Gaul rata. Rasa garam nya.. kalau kurang tambah. Masukkan sawi biar seketika siap. *saya suka masukkan sawi sbb takyah da nak celur..penyakit M kan.. hahaha* untuk mee ni saya letak sikit fishcake dan kalau nak letak sayur lain pun jugak.. 

Siap da...


Untuk cili kicap

Beberapa biji cili padi *saya guna banyak :) 
Gula 11/2 sudu
1 ulas bawang putih
Kicap 5 sudu atau lebih terpulang
cara: semua bahan ni ditumbuk halus.. masukkan kicap. Gaul rata. Siap!!


Selamat mencuba!





terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..