Tuesday, October 30, 2012

Maggi Goreng


Wah! pecah rekod nih.. hari ni 3 entry aku update kat sini.. hehehe.. rajin la kenkunun.. haha.. bila masa tekak ni kureng ngan nasi teringin pulak nak maggi memalam... so apalagi.. godek2 dapur.. terus memasak.. hehehe.. senang je buat maggi goreng nih.. 

Mee Maggi tu korang rebus dulu.. kasi lembut pastu tapis.Rencah nya letak tepi. Untuk yang ni cik abang pun nak jugak so aku buat 2 paket maggi kari. Untuk ini aku guna sebiji bawang merah sedang2 ngan 2 ulas bawang putih serta 5biji cili api ni aku tumbuk. Aku potong sayur mayur seperti diatas ye. kalau tak nak buh pun bole.. untuk ini.. aku jugak bubuh ayam (potong kiub).Jangan lupa sediakan cili kisar dalam 1 sudu(tak nak pun takpe)  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam kiub2 tu (sikit je) Pastu masukkan cili kisar hingga pecah minyak, masukkan rencah maggi tu. Gaul rata bubuh air sikit je. Gaul lagi. Pecahkan sebiji telur, biar kejap jgn digaul. agak2 mcm dah nak keras.. baru gaul. Masukkan sayur mayur tu. Gaul lagi. Tak abih2 menggaul kan.. hahaha.. pastu rasa garam eh kalau kurang tambah kalau tak tolak.. hahaha.. Last baru masukkan mee maggi yang dah direbus tadi. Gaul lagi.. siap!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..