Tuesday, October 09, 2012

Tak bole blah..


Yang ni sebenarnya citer lawak serius okey.. hehehe... dah lama berlaku.. tapi baru2 ni je teringat..  

Masa tu kami makan di luar.. cik suami menunggu dengan anak sementara saya gi memilih lauk.. sedang dok pikir2.. ada sorang lelaki ni.. sambil cedok lauk dalam plastik sambil cakap kt hp... saya dengar cam dia tgh pilihkan lauk untuk anak dia.. saya fikir "oh.. anak dia tunggu dalam kereta dengan isteri dia kot" .. tiba2 dia cakap " keluar lah..pilih sendiri!" saya ckp dlm hati.. "oh anak dia dah besar rupanya"

Saya dan dia sama2 gigih mencedok lauk..hahaha.. datang lah anak lelaki tu.. 2 orang.. seorang pompuan dan lelaki.. nampak cam baru belasan tahun.. tiba2 si anak yang lelaki tu kata "ayah.. kenapa pilih lauk ni.. tak bole blah betulah!" siap gelak2 lagi..  datang yg pompuan pulak.. gelak sama.. dalam hati saya.. eh budak ni! 

Semua lauk yg bapak dia cedok.. dia adik badik asik cakap "tak bole blah.." ni tak boleh blah.. tu tak boleh blah..  dalam hati saya.. budak2 baru nak naik camni lah.. baru blajar perkataan tak boleh blah kot.. haha.. saya tengok si bapak ni diam je..

Tetiba bapak dia bersuara "Semua tak bole blah? ayah blah dulu.. korang bayar tau!" alamak si ayah dah mengamuk.. pastu adik badik yg dok tergelak dari tadi ni.. terdiam.. ha! padan muka kau.. dalam hati saya..  si anak lelaki bersuara "ayah kita orang mana bole bayar" si bapak balas "tak boleh bayar ke? tak bole blah betullah korang ni!" hahahahahahahaha.. raca cam nak gelak guling2 tapi ku tahan.. amik kau! 

Adik badik ni terdiam malu.. hahahaha.. 

Okeylah niat saya bukan nak malukan dia... cuma buat pengajaran pada kita.. orang tua jangan ingat dia dah tua dia taktau apa2.. dia lebih dulu makan garam.. maybe kenkdg ada yang tak bole ikut tapi kita kena amik pandangan mereka.. nak2 mak ayah.. biar berkat sikit apa yang kita buat.. insyaAllah

1 comment:

  1. hahaa kan dh kena balik. btw salam kenal dear.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..