Saturday, October 20, 2012
DONUT (TANPA TELUR)
Selamat pagi.. wah! ari ni pecah rekod pepagi aku menaip nih.. hahaha.. pagi ni cuaca elok pulak.. ari ni mak nak pergi mengurut.. badan dah sakit2 nih..:)
Kita proceed ke resepi je la.. banyak keje lain menanti.. kali ni saya buat Donut tanpa telur.. erm.. pada pendapat saya.. dia tak segebu donut yang saya buat sebelum ni.. tapi okey lah.. lemak2 gitu.. asalnya nak buat Donut gebu tu.. dah dok sediakan bahan.. telur pulak takde.. dah abih.. tapi ini tak mematahkan semangat aku.. chewahh!!yo yo je.. hahaha.. aku cari jap resepi donut tak guna telur .. ada pulak.. dengan lafaz bismillah aku buatlah.. jadi pun.. siap buat frozen lagi.. anak2 memang hantu donut.. hahaha
Saya amik resepi dari blog ni Inaku's Notes.. terima kasih ye..saya share resepi di sini pulak..
Sumber : Majalah RASA
Dari:Inaku's Notes
Bahan-bahan
200gm tepung
20gm gula
20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
1 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh garam
100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.
Cara-cara
Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.
ha.. tu ha dalam eh.. gebu kan.. cubalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
salam kenal dan follow
ReplyDeletecantik blog ni suka akak tgk cc yg comel2 tu
donut memang feberet anak2 kan..
salam.. terima kasih singgah dan follow.. hehe.. memangnya donut feveret nak2 bersalut cekelat lagi la.. haha
ReplyDelete