Tuesday, October 30, 2012
Daging Palembang
Hari raya haji ni.. daging memang penuh peti ais.. so kali ni aku masukkan entry resepi daging palembang yang sangat sedap dan mudah je buatnya.. saya jumoa di Di Sini terima kasih untuk resepi yang sedap nih! saya share di sini pulak ye..
Bahan
1/2 kilo daging (hiris nipis)
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
Cilip adi sikit dikisar *ni saya tambah.. kalau nak pedas.
Minyak masak
Garam
Cara Membuatnya
Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)
Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
No comments:
Post a Comment