Tuesday, October 30, 2012

Raya Haji 2012



Selamat Hari Raya Aidiladha

Ha.. dah terlambat den ni kan nak wish? hahaha.. tak pelah better later than never :) 
Tahun ni aku beraya di Melaka. Umah mak ayah di Kampung Duyung melaka
ni ha umah mak den.. gambar ni aku amik masa raya aritu :)

Kami bertolak pagi Khamis terus amik adik aku di UniKL 
adik bongsu aku Ecah.. 

Aku sampai di umah mak pukul 11 camtu.. tak rehat dah.. terus menolong mak ayah yg tgh bertungkus lumus kat belakang memasak untuk raya.. mak rebus ketupat 100 biji.. wah!! banyaknya! tahun ni hanya family aku je yang raya Melaka.. adik badik lain yg da ada family raya umah mentua memasing.. 
ni la rupanya.. kalau umah mak nak memasak untuk raya.. macam kenduri :)

Aku siap memasak semua menu dalam kul 3 petang.. express kan? ha.. siap cepat2 bukan apa.. cepat la rehatnya.. aku ni memang dipanggil chef kt umah.. wah!! gitu.. tapi last resort masakan ku tetap di judge oleh Ketua Chef Hj Abdullah a.k.a Ayah.. kalau sedap.. dia tak kata apa cuma bertambah je.. kalau kureng dia akan kata.. tambah garam sikit.. biar lama sikit lagi.. ha.. gitulah.. hehehe apa2pun ayah tetap tukang masak paling hebat!! bukan mak tak sedap tapi ayah memasak lebih sikit jek.. hahaha

Tahun ni surau moyang ku.. Korban lembu 6 ekor dan 5 ekor kambing.. wah! memang banyak untuk surau yang sekecil tu.. rezki Allah. 
ni gambar aku amik masa raya haji tahun lepas :)

ni beberapa gambar masa di hari raya
 ni suami dan anak2.. mcm bese tukang amik gambar memang salu takde.. almaklumla.. haha
 ni anak bujang aku Muhammad Umar Qhalif.. sayang dia! siap berjubah dan berkopiah.. 
ni adik aku dan anak dara aku Aina Qaisara..

Mak ayah tak dan nak amik sebabnya.. mereka pepagi dah keluar.. 
ni mak ayah.. nota:ni bukan diambil masa raya.. ni masa gi putraya ari tu.. gambar raya den cari tak jumpa pulak..


Bila hari raya haji je.. peti ais penuh ngan daging.. memang seminggu lah makan daging ni.. hahaha.. hari ahad tu kami semua dah jelak dgn ketupat atau laksa.. so mak mintak masak lauk yang ringks2 je... so aku masakkan
Sambal goreng mak, ikan kering mak haha, daging goreng mak jugak.. dan begedil.. berselera semua makan.. kenkadang yang ringkas2 ni yang sedap...

Lagi satu aku ni .. kalau duk kampung suka betul basuh baju.. cepat kering!! basuh baju bukan apa.. senang bila dah balik nanti takdelah keje banyak sangat.
ni lah baju anak2 yang aku sempat basuh sebelum balik.. 2 jam sidai kering!! 

Patutnya hari ahad tu aku gi umah kak ana.. kawan baik aku.. kami dah berkawan lebih dari 10 tahun! dia bertunang ..bukan tak nak pergi tapi tak tau jalan.. kalau ada peta aku berani skit.. tak pelah nanti kak ana kahwin aku mesti pergi!!!
ni ha.. orangnye.. cantik kakak aku nih... tahniah kak ana.. moga berkekalan amin.. 

Hari ahad tu aku balik pukul 6.. sampai KL kul 10.. jalan jam giler!!!! tak pelah..bkan selalu..  nasib aku dah makan kalau tak kebulur... hehehe... kesian kt cik abang memandu.. terimakasih abang. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..