Wednesday, October 03, 2012

Mee Sup mudah



Hi pembaca.. wah.. macam majalah pulak kan?hehe.. hari patutnya wordless wednesday tapi dah lama since my last entry so i add new entry for today :) 

Mee Sup mudah ni, saya buat pagi ni.. cepat je siapnya.. bahan pun tak banyak yg ada so saya letak apa yang ada je..  anak dara saya yang requested nak mee sup.. so ibunya a.k.a saya ni buat ler..  cakap kt suami.. dia kata "eh.. sempat ker?" haaaa.... ni yang kenkdg org laki tak tau.. org pompuan ni kalau nak buat cepat je siap nya.. main campak2 jek.. tapi jgn sampai tercampak periuk kuali semua udahlah..  kang ada benda lain yang tercampak pulak kang.. hahahaha.. gurau je.. 


Mee sup ni sangat mudah, bahan2 yang memang ada kt umah je... tak yah nak fancy2 sangat letak je apa yang ada (tapi kalau nak letak takde masalah.. selera memasing) meh kita cek resepi:

Resepi: Mee Sup Mudah


Bahan:
1 bungkus mee kuning (celur kasik lembut sikit tapis)
Untuk sebungkus mee ni saya guna:
1/2 biji bawang merah sederhana besar *ditumbuk
3 ulas bawang putih *ditumbuk
Air 4 cawan atau lebih
Ayam *potong kecik (saya guna sikit je.. dalam semangkuk kecil )
Sawi *basuh.. siang le sawi tu
1/2 kiub ayam
Garam sikit
beberapa titik sos ikan
1/2 sudu kicap soya

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk hingga naik bau.. masukkan air. Biar mendidih, masukkan ayam dan kiub tadi. Gaul biar hingga masak. Masukkan beberap titik sos ikan dan kicap tadi. Gaul rata. Rasa garam nya.. kalau kurang tambah. Masukkan sawi biar seketika siap. *saya suka masukkan sawi sbb takyah da nak celur..penyakit M kan.. hahaha* untuk mee ni saya letak sikit fishcake dan kalau nak letak sayur lain pun jugak.. 

Siap da...


Untuk cili kicap

Beberapa biji cili padi *saya guna banyak :) 
Gula 11/2 sudu
1 ulas bawang putih
Kicap 5 sudu atau lebih terpulang
cara: semua bahan ni ditumbuk halus.. masukkan kicap. Gaul rata. Siap!!


Selamat mencuba!





2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    sedapnya mee sup.. :) saya pun suka wat.. sbb anak2 suka makan...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam Jass.. buatlah memang sedap. anak2 memang suka sup2 ni.. terima kasih singgah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..