Wednesday, August 10, 2011

Sambal Ayam Ibundo dan Bayam Rebus Daun Kunyit

Assalammualaikum...sihat?kejap je da 10 ari puasa..pagi tak sempat nk masak2 or mkn apa2 masa sahur...terlajak tidur..sedar2 da 5.30..alamak...minum air je lah...hihi..

ok lah..kite pegi ke menu lauk saya ari isnin aritu...saya sibuk sampai petang jadi tak sempat nk pikir masak apa..so mana yang sempat je lah...so saya buat sambal Ayam...resepi ni saya ambik dari dapur ibundo..ada kelainan dlm rasa..ada rasa kari2 sikit dan masam cuka...ok ;a saya tepekkan resepi kt sini pulak ye..

Bahan:

Beberapa ketul ayam dipotong kecil
3 sudu besar cili kering yang digiling
1 biji bawang besar dihiris bulat
10 biji cii api ditumbuk lumat
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil *
sedikit halia*
1 sudu besar cuka
1 biji tomato dibelah 6

Cara:
Bahan yang bertanda * diblender
Ayam di gaul dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng tetapi jangan terlalu garing.
Ambil sedikit minyak dari gorengan ayam. Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau.
Masukkan cili kering, cili api dan rempah kari. Kacau hingga masak.
Masukkan cuka.
Kemudian masukkan ayam dan bawang hiris. Gaul. Sebelum dimatikan api, masukkan tomato. Kacau kacau sekejap dan matikan api.



Saya juga ada buat rebus bayam ni...memang feveret saya...selain lauk yg sihat ia juga sedap...ok lh kiter cek resepi:

Bahan:
Bayam (seikat, basuh bersih dan siang sayur tu)
Ikan Bilis sikit
Bawang kecil 3 ulas dihiris kasar2 je
Bawang putih 2 ulas dihiris
Daun Kunyit sehelai (dibasuh dan disiat)
Garam
Air 2 mangkuk

Cara:
Isi air dalam periuk..bukak api..masukkan semua bawang2 tadi dan ikan bilis serta daun kunyit..gaul rata..bila dah mendidih masukkan bayam...biar mendidih masukkan garam...siap. Tak perlu rebus lelama nanti bayam tu terlalu masak dan kuranglah sihatnye...hihi.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..