Friday, August 12, 2011

Sambal Kentang Ikan bilis


Asslammualaikum...hari ni da 12 hari berpuasa..pagi tadi bersahur anak dara saya Aina bangun pulak...sibuk tanya.."ibu..napa masak malam2 nih?".. "kita bangun pagi2 nak pergi jalan ye?"...macam2 soalan..sampai saya pulak naik rimas..hehehe..bile cakap puasa.. dia tanya pulak "puasa tu aper?"..ish malas nak layan nanti semua keje tak siap...hehehe..sambal kentang ikan bilis ni saya buat pagi tadi masa sahur..memandangkan lauk masa berbuka tadi dah habis..lagipun masa sahur kenkadang tekak ni nk yang panas2 je..

macam saya kalau sahur kena ada yang pedas2 sikit kalau tak memang tak lalu tekak ni..tp takde la pedas sangat kang perut memulas sepanjang hari hehehe... erm...sambal ni sangat mudah disediakan dan cepat tp yang penting sekali selera masa makan..ada ikan bilis yang rangup..kentang goreng..memang sedaplah..

Ok lah ni resepi pada siapa yang nak cuba:

Ikan bilis (dibasuh bersih dan di goreng garing)
Bawang di potong besar
Cili Merah @ Cili Hidup ( dibasuh dan dikisar) *cili padi pun bole
Bawang putih 2 ulas dikisar bersama cili
Kentang dipotong dan digoreng (potongan kentang terpulang)

Cara
Panaskan minyak..masukkan bahan kisar hingga naik bau....masukkan garam dan serbuk perasa..gaul rata..masukkan bahan yg dah di goreng tadi..ikan bilis dan kentang serta bawang...gaul rata..siap.


Sedap dimakan dengan nasi panas..

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..