Monday, August 01, 2011

Sambal Sardin


Assalammualaikum dan selamat berpuasa...hari ni hari pertama puasa..sahur tak tadi?saya sahur ngan nasi ayam yang dibuat semalam sempena sambut puasa...harap semoga bulan ramadhan tahun ni diberkati Allah s.w.t..

Bercakap pasal bulan puasa..rasanya manu yang nak dibuat masa sahur yang pening sikit..nak masak aper?..ye la pagi2 bangun sahur kenalah masak yang panas2 kalau tak..tak lolos tekak rasanya lauk tu...hehe..dan lauk yang dibuat juga mesti ringkas dan cepat disediakan...lauk sambal sardin ni memang tersangat mudah disediakan dan yang penting menyelerakan..kena pulak dimakan dengan nasi panas2 dan telur dadar...fuh..terangkat...hehhehehe...ada yang tak gemar sardin sebab hanyir tetapi menu saya ni tidak terasa hanyir ikan... meh kite cek resepi:



Bahan:

-1 tin sardin (apa2 cap sardin yang jadi pilihan anda)
-satu biji bawang besar di potong 8
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia di hiris halus
-3 sucu cili kisar (kalau nak pedas bole bubuh banyak)
-cili padi/cili merah (optional)
-air asam jawa (3 sudu)
-air 1/2 cawan

Cara:
1. Tumis halia, bawang dan cili kisar sehingga masak
2. Masukkan sardin serta bawang dan juga cili padi -jgn di gaul selalu nanti hancur pulak ikan tu
3. Masukkan asam jawa serta air
4. Masukkan garam dan perasa.
5.Biarkan kuah agak pekat..rasa kan garam
6. Tutup api..siap


Untuk yang bujang2 tu lauk ni memang mudah dan murah..hehe..
Cubalah...




No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..