Friday, August 05, 2011

Sambal Gesek

Assalammualaikum...

Hari ini hari ke 5 puasa..kejap je masa berlalu..semalam saya berbuka di kedai mamak hahaha...Hafiz Corner kt Bandar Baru Ampang..teringin pulak nak makan nasi bukhara kt situ...sedap nasi nyer..ok lah kita pergi ke menu kita

Sambal gesek ni atau ada juga dikenali sebagai sambal 3 beradik..memang sedap dan membuka selera...makan dengan nasi panas dan ikan masin fuh!...memang terangkat.. sambal ni bole dibuat 2 cara...satu bahan2 tidak dimasak.. dan satu lagi bahan2 di goreng dulu baru ditumbuk..ikut ketahanan perut dan kesukaan..

Ok la ni cara membuatnya:

Bahan2 ikut suka ye kalau nk banyak lebihkan bahan

Bahan:

Cili padi segenggam (saya suka byk2 cili padi...baru terangkat hehe)
Bawang besar di potong 8
Ikan bilis segenggam
Garam

Cara:
1. Semua bahan diatas di basuh bersih dan di tumbuk tambahkan garam

2. Semua bahan diatas di goreng masak dan ditumbuk dan letak garam


Siap...


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..