Tuesday, June 21, 2011

Puding Karamel Lapis Coklat

hello2..
peminat puding ker?..ermm..aku ni xler peminat sangat tp kalau sekali sekala tu ok la...
tp puding ni dlm sebu;an 2 kali gak aku da buat..sebab sedap...manis dia xlah manis sgt..aku buat 1/2 dari adunan je..tukang makan x ramai..



gambar atas ni..aku buat dlm loyang kecik....so jadi petak le....tp kejadian puding ni memang cantik..tersenyum lah bile da siap simpan dlm esbok..bior sejuk...makan...uish...sedap..bila nuat kali kedua aku buat dalam bekas taufu fa tu..senang ada penutup, simpan dalam peti ais pun senang.....sekali lagi aku buat 1/2 dari adunan so dpt 2 bekas taufu fa....





taraa..ha nida siap kluar dari bekas..comei kan?..hehe..sayang nak makan...



ni resepinyer aku amik dari KR...mintak tepek kt sini plak ye..

Puding karamel lapis coklat


Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat (
Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)



Cara-cara

Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
Potong dan hidang.

selamat mencuba....

*kalau nak buat 1/2 adunan semua bahan bhg 2.. cth..telur tu aku masukkan 1 biji gred A dan satu biji gred B...x pun satu biji je telur..


3 comments:

  1. kami ni peminat puding karamel ni...kene cuba resepi yg ni pulak..tp klu x de pes coklet tu..ganti ngan milo blh..atau lebih kan koko..

    ReplyDelete
  2. annor..bole jer...kawan saya dah cuba aritu..sedap katanya...

    ReplyDelete
  3. tq ibuaina..memang kene cuba nihh..hihihii

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..