Saturday, June 25, 2011

Masak Lada Ikan Pari

Assalamualaikum...

Siapa orang melaka?..erm..mesti tau lauk ni...masak lada ikan pari...biasanya orang melaka tak panggil asam pedas....biasanya orang luar yang panggil asam pedas..tp tak tau la...kalau daging dipanggil grang asam...asam tumis untuk masak ikan dan bahan nya basic asam pedas..kuah lada mcm yg kat bawah ni....



selera tak?...hehe..antara menu feveret aku gak lah..ni ha resepi kalau nak cuba...


Bahan:
Ikan pari (dipotong) * masak lada ni..selain ikan pari..ikan lain pon bole juga kalau nak cuba...
Bawang besar (1-2 biji) *
Bawang putih (2 ulas) *
Halia ( 1/2 inci ) *
Jintan Manis *
Cili kering- setengah mangkuk tau fu fa tu ( di rendam/di celur air panas...dan diblender)
kerisik ( 2 sudu )
Serbuk kari ikan ( 3 sudu )
Air (2 mangkuk tau fu fa)
Terung (optional)
Asam Jawa *kalau suka masam...bubuh byk lah..kalau bole jgn byk sgt..
Garam
perasa

Cara:
-bahan yang bertanda * di kisar bersama
-panaskan minyak
-masukkan bahan yg dikisar...tumis rata..
-bila dah sebati..masukkan serbuk kari..gaul rata
-masukkan kerisik..tunis hingga pecah minyak
-masukkan asam jawa..
-masukkan air
-biar mendidih
-masukkan ikan
-masukkan garam dan perasa
-biar mendidih seketika
-rasa garam dan masam kuah
-masukkan terung..
-siap.


Selamat mencuba...

5 comments:

  1. nora dear..bagus dah ade blog..nanti leh aku jenguk sini sokmo-salmi

    ReplyDelete
  2. follow le...nanti i follow you ok?..hehe

    ReplyDelete
  3. Saya asal Melaka tp x tahu masak lada ni...Melaka kat mane?

    ReplyDelete
  4. saya memang suka masak lada ni..makan dengan nasi panas2, resepi yang saya buat sama mcm awak berikan, cuma saya tambah lada hitam untuk lebih umppp.....

    ReplyDelete
  5. Asalkan bole je , Asam pedas lain , Masak Lada lain , Gerang Asam pun lain ... setahu saya semua x sama ada perbezaan nya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..