Wednesday, December 19, 2012

Masak Tempoyak Ikan Kembung




Kita terus ke resepi ya.. ada keje sikit nih..ni version saya 

Bahan2 agak2 ye..

Ikan Kembung
Tempoyak
Cili Api
Kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Sedikit santan

Cara:
Cili api, kunyit hidup di tumbuk. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan tumbuk serta tempoyak. macam gini rupanya

Masukkan juga secawan atau 2 cawan air. Naikkan atas dapur, masak hingga mendidih..masukkan sedikit santan, garam serta daun kunyit. Biar hingga masak. Gaul rata. Siap! 


Saturday, December 08, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Api



Ni feveret aku nih.. hehe.. meh cek resepi

Setengah biji bawang sederhana, cili api (nak pedas bubuh banyak) dan seinci kunyit hidup. Di kisar. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan santan cair secawan. Biar mendidih. Masukkan Ketam, biar seketika. Masukkan dauk kunyit yang diracik halus. Biar masak seketika. Masukkan Santan pekat. Biar hingga mendidih (gaul selalu ye) . Masukkan garam. Siap!

senang kan? hehehe.. berasap makan.. hehehe

Sambal Goreng Jawa



Assalammualaikum, lama dah tak bersiaran.. cheewah.. hehe.. hari ni ada kesempatan saya masukkan entry baru. Sambal goreng jawa ni memang menu wajib rumah mertua tiap kali raya. So , skg dah jadi feveret aku pulak.. hehe.. senang je buatnya..  yang ni version tak berapa pedas, kalau tak nak buat pedas pun boleh..


Bahan ni aku buat untuk seorang atau2 je makan ye.

Bahan:

1 Biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
Seinci lengkuas-ketuk2 je
1 Batang serai*

bahan bertanda* dikisar

3 batang kacang panjang
1 Tauhu
2 Tempe
~Bahan di atas ni, dipotong dan digoreng. Ketepikan

Suun (setengah peket)~direndam 

2 Sudu cili kering (kisar)

Setengah mangkuk kecil udang

1 cawan santan pekat

Cara:
Bahan kisar dan lengkuas di tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar. (kalau tak nak pedas, skip yang ni) Hingga pecah minyak. Masukkan Udang. Biar seketika. Masukkan santan  gaul rata, masukkan suun. Biar seketika hingga suun empuk. Bila kuah agak kering dan pekat . Masukkan garam. Gaul rata. Masukkan bahan yang di goreng. Gaul rata-rata. Biar seketika. Siap!

Friday, November 16, 2012

Sambal Ikan kembung



Bahan:
Ikan Kembung
Bawang merah
Bawang putih
Tomato *1 atau 2 biji
Cili Hidup Merah
Cili kisar *3 sudu
Belacan *sikit jek
Garam

Cara:
Ikan kembung di goreng garing *ketepikan
Bawang merah, bawang putih, tomato dan cili hidup serta belacan dikisar
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Perasakan dengan garam dan perasa. Siap. Sira diatas ikan yang dah digoreng tadi. 


Saturday, November 10, 2012

Bergedil daging


Hari ni nak melawat bapa saudara di Hospital Selayang, so tak leh nak membebel pepanjang..  Bergedil daging memang feveret aku dan family.. untuk kali ni punya saya tak letak apa2 kecuali bahan utama Daging, Kentang, garam dan telur.  Itu sahaja. bukan apa.. anak aku ni ha.. pantang nampak sayur waima daun sup/bawang.. dah tolak tepi da.. so untuk menyenangkan kerja, aku tak boh lah seme tu.. kalau exact recipe kena letak.. 

Kali ni aku bagi recipe yang mudah, dan tak yah nak kalut letak macam2.. ni namanya recipe untuk cepat siap, mudah dan sedap!
 Untuk recipe.. biarlah gambar bicara :)




Selamat mencuba.. 

Friday, November 09, 2012

apa kes rak nih?


Ni kisah aku ngan rak ni ha..


Rak putih tu ha.. aritu kan aku kata nak gi cari safety gate for babies.. jenuh mencari hujan petus bak kata orang melaka.. pastu aku ke carrefour ampang.. tgh dok mencari ter 'lalu' pulak kt bahagian perabot dan ternampak pulak rak .. erm.. dalam hati dok pikir bole susun baju anak letak sini.. tgk harga 19.90 hmm.. ok lah.. pastu ter'jalan' kebelakang sikit dan ternampak la rak baju putih ni.. cek harga 19.90! wah!! rak ni lagi besar dari rak tu..harga sama! 

Cakap kat cik abang .. tak jumpa gate tu kita beli rak ni je lah.. cik abang tanya satu ke? since murah ni tak nak beli 2 ker?.. erm.. tak yah la.. macam membazir plak.. so beli satu je lah.. besok nya aku pun dengan gembira menyusun baju2 anak.. wah!  muat! bestnya.. pastu rasa cam nak satu lagi la.. cakap kt cik abang..nanti balik keje singgah beli..

Kesahnya.. dia pun la kesana balik selang 2 hari camtu lah.. harga rak tu dah naik 100.00! wah!! terkejut beruk la aku laki bini nih.. aik.. kejap je da naik harga..  hahahaha... menyesal pulak tak ambik ari tu.. tak pelah.. yang ada ni pun dah cukup..  (ayat nak sedap hati.. hahahah) 

Promoter tu kata.. aritu memang ada diskaun.. pastu dah takde da.. tapi dia pun pelik bila aku kata.. murah hari tu beli 20 hengget je.. hmm tak taula kesilapan teknikal ke apa.. janji aku dapat rak aku.. hahaha


Thursday, November 08, 2012

Easy peasy lemon squeezy! Homemade butter cookies!



Apa khabar?sihat tak? ye lah start dari minggu lepas asik hujan je.. cuaca tak menentu.. tapi hari ni cerah nampaknya..  dah seminggu kain baju kering bawah kipas. hehehe..

Ok lah... aku ni memang suka butter cookies.. tapi aku dan baking memang macam ada sumpahan.. hahaha.. salu tak menjadik.. kalau korang pasan kek ke biskut ke.. memang jarangla ada kt blog aku ni..  tapi demi anak2 cheewah.. aku buat jugak.. dah berhari-hari aku godek2 internet cari resepi untuk beginner macam aku ni..  akhirnya! aku jumpa jugak!!! 

Tapi malangnya.. aku dah copy recipe kt note pad.. ter 'close' plak.. jenuh mencari blog asal.. tapi yang pasti empunya resepi berasal dari Singapore. Nanti kalau saya jumpa.. saya link kan ke sini. Thanks for the wonderful recipe ya!

Biasanya Butter cookies yang kita jumpa, samaada terlalu manis .. sampai tahap potong kaki orang kata.. tak pun terlalu berminyak! macam deep fried pulak..  untuk Butter Cookies ni sedang2 elok.. tak manis sangat.. lemak masin sikit.. memang sedaplah.. 





 Ni resepinya ... memang mudah sangat lah!! 




Semua bahan dah ada kt rumah cuma butter tu je lah kalau takde kena beli... tapi memang sangat mudah dan sangat sedap!.. lagi satu resepi ni tak guna telur langsung! so kalau2 ada yang allergy tu resepi sangat la sesuai.. Aku buat bentuk bulat cam tu jek.. pastu guna garfu tekan kat atas tu jadi lah corak2 sikit.. hehehe



Cuba lah memang sedap!! dan yang penting sangat mudah.. anak2 mesti suka..



Anak aku Aina suggested letak chocolate rice.. 



tgk2 ada pulak belen dulu.. so aku buat la.. butter cookies with sprinkle chocolate rice.. buatnya camni je.. 



Camtu lah cara aku buat.. guna bawah gelas untuk tekap.. mudah kan? dah jadi satu biskut lain..  




Selamat mencuba ye!!!

Wednesday, November 07, 2012

Sambal Gesek eh!



Sambal gesek ni.. menu masa aku tak berapa nak selero.. makan ngan nasi panas.. gerek seh!! aik.. dari nogori terbang plak ke singapore? hahaha.. aku pun dah melalut nih... buek nyo sonang jo..  amik cili api (banyak mana terpulang) , bawang merah , ikan bilis dan belacan sikit, semua bahan ni di goreng dan di tumbuk.. jgn lupa garam ye.. kang podeh jo raso tak do.. hahaha.... meh makan! sedap! 

Tuesday, November 06, 2012

Asam Tumis Ikan Kembung



Assalammualaikum.. masuk hari ni dah 4 hari hujan.. sejuknya la.. anak ngan aku ni hia berbaju sejuk kat umah.. kenkonon musim sejuk gitu.. hehehehe.. tapi tu lah bile dah sejuk2 perut pun asik mintak di isi.. camner nak kurus ni? hahaha...

Ni menu hari ni Asam tumis ikan kembung.. orang melaka tak panggil asam pedas.. dia ada panggilan pada semua menu.. cam menu ni la.. kalau nak glemer sikit asam pedas ikan kembung..  tapi kt kg aku.. Kg Duyung melaka dekat2 dengan perigi hang tuah.. panggil asam tumis.. dan besenya takde lah bubuh segala tomato dan bendi diorang akan letak sawi.. pelik tak? tapi memang sedap.. tapi sawi takde pulak kat umah ni.. so aku letak la apa yang ada..  nak resepi? bole cek kat SINI .. sama je caranya cuma letak ikan kembung je..  hehe..  lauk ni memang ngan ngan sambal belacan.. makan pulak ngan nasi panas.. sejuk2 ni.. memang bertambahlah.. nak2 pulak ngan ikan masin pergh!!! hehehehe .. dah la .. air liur aku dah meleleh ni.. nak gi makan ye.. selamat mencuba! hehehe

Sunday, November 04, 2012

Happy Weekend



Asslammualaikum.. selamat pagi! ha?? dah nak tengahari? hari ni ku buat nasi lemak je.. kira makan tengahari la ni.. camni la hujung minggu kenkonon nak berehat.. haahaha.. 


Nasi lemak sambal sotong, cik abang requested ayam goreng buat la sikit.. hehe.. buat sendiri puas makan.. 

Semalam aku plan nak gi beli safety gate kan?ha.. sudahnya rak baju yang ku beli hahaha.. pueh mencari tak jumpa gi carrefour ampang.. ternampak pulak rak ni .. memang aku nk beli pun.. baju anak2 dah makin banyak.. tempat depe dah penuh.. so aku beli la rak ni.. kaler putih.. 4 tingkat.. besar jugak dan tinggi ..RM 20 jek.. memang sangat murah dan puas hati! hehe.. 

Tapi misi mencari safety gate diteruskan.. terima kasih pada ekin yang menjawab persoalan saya.. hehe.. 

Saturday, November 03, 2012

Cekodok Nasi bersama udang dan kentang



Selamat pagi. Kejap dah hujung minggu. Time really flies. Pagi ni aku buat cekodok nasi dengan udang dan kentang.. wah! panjang betul nama resepi nih.. haha.. well ..pagi ni tgk ada nasi belen semalam ada lah dalam 2 cawan gitu. mana lah cukup nak buat nasi goreng so aku buatla resepi nih.. resepi dia sama dengan resepi sebelum ni.. DiSINI. cuma aku letak kentang (potong kiub kecik2) dan udang.. lagi satu aku tak bubuh daun sup bagai sebabnya anak dara ku ni kalau nampak je hijau.. ha.. "sayur lah ibu.. tak nak lah!" so aku nak elakkan itu dari berlaku aku tak bubuh.. hehe.. 



Ha.. hari ni aku plan nak gi beli safety gate untuk dapur. Budak Umar ni.. asik la masuk dapur.. abih bawang2 aku di buangnya dalam tong sampah.. sudip2 kat tempat bakul mainan dia.. waduh2.. tensen mak! so ari ni aku nk gi cari.. kalau la ada jual yang secondhand nya.. bukan apa gunanya masa dia tgh kecik ni pastu takde da.. moga segala urusan dipermudahkan hari ni..  

Friday, November 02, 2012

Roti Telur ke Puding Roti nih?



Patutnya entry ni pagi tadi, tapi banyak pulak halnya.. ni baru ada masa nak update..  

Bila ada anak2 kecik yang tgh membesar nih selera diorang pun pelbagai.. tapi bila tang anak tu kita sebagai ibu ni memang tahu apa yang dia suka dan tidak kan? kenkdg berusaha untk uk pelbagai kan untuk dia tak rasa boring. Ni lah alkisahnya aku dan roti.. hahaha..

Anak2 saya memang antu roti hahaha... pendek kata pantang nampak roti kt umah ni.. kejap je abih.. kejap2 mintak2 kita sapukan jem la nutella la.. aish.. hehe.. tapi kalau dah hari2 kita pun bosan kan.. haha.dan kadang2 tu belen roti yang lagi 2-3 keping tu terbiar je.. nak buat apa ye? ha.. ni ada resepi yang sangat senang dan sangat sedappp!

Teringat kat si Nigella Lawson hahaha mcm kawan aku je kan? hahaha... dia punya resepi lah nih.. memang sedap.. terima kasih ye gella.. kekeke ..Cik suami yang kurang makan manis2 ni pun kata sedapnya..rasa dia nak kata macam puding roti pun ye jugak tapi versi goreng haha.. mungkin sebab ada esen vanilla tu yang bau dia sangat2 wangi! 


Meh cek resepi:

Bahan: 
Roti (3 ke 4 keping) *aku buang tepi roti tu dan kerat 4 cam gambar kat tu
1 Biji telur
1 sudu gula (lebih2 sikit jek)
setitik esen vanila
3 atau 4 sudu susu 
1/2 atau 1 sudu tepung gandum

Cara:
Telur dan gula di gaul rata. Masukkan susu dan esen vanila. Gaul rata2 hingga sebati masukka tepung tu. Gaul rata. Celupkan roti tu. Goreng kan dengan minyak sikit.  Terbalikkan bila agak kekuningan. angkat. Siap! 


Senang kan? masa tak lebih dari 10 minit, dah siap. 



Wednesday, October 31, 2012

Nasi goreng


Selamat pagi.. kejap je da hari rabu :) dah hujung Oktober. Hehe.. plan nak gi bercuti asik tertangguh jek.. tak pelah.. mungkin ada hikmahnya.

Ok lah.. pagi buat nasi goreng cili api.. kalau nak citer pasal nih.. apa2 nasi goreng yang kita buat mesti tak sama dengan nasi goreng mak kita buat. Bahan yang sama, cara yang sama tapi rasa mesti beza. Paling utama sebab rasa berbeza is kita tak tumbuk tapi kita blender (kes M la.. macam aku hehe). Kalau kita perhatikan mak kita nyer nasi goreng bahan2 cam bawang atau cili api tu memang tumbuk2 kasar je. Mak kata lebih sedap camni. hehe.. so skg aku memang jarang guna blender seme tumbuk.. memang la malas kalau diikutkan tapi kalau nak sedap kena la usaha sikit.. 

Buat nasi goreng cili ni mudah je.

Bahan:
Nasi putih (lagi sedap nasi yang dah di masak semalaman)
Bawang merah *tumbuk
Bawang putih *tumbuk
Cili api *tumbuk (nak pedas buh le bebanyak)
Garam
Perasa
Telur

*cara saya.. masa menumbuk cili padi saya letak garam so mudahla kalau nak menggoreng nanti.

Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur. Biar seketika baru gaul rata. Bubuh pereasa. Masukkan nasi putih tadi. Gaul sebati. Biar seketika. Siap!

Tuesday, October 30, 2012

Maggi Goreng


Wah! pecah rekod nih.. hari ni 3 entry aku update kat sini.. hehehe.. rajin la kenkunun.. haha.. bila masa tekak ni kureng ngan nasi teringin pulak nak maggi memalam... so apalagi.. godek2 dapur.. terus memasak.. hehehe.. senang je buat maggi goreng nih.. 

Mee Maggi tu korang rebus dulu.. kasi lembut pastu tapis.Rencah nya letak tepi. Untuk yang ni cik abang pun nak jugak so aku buat 2 paket maggi kari. Untuk ini aku guna sebiji bawang merah sedang2 ngan 2 ulas bawang putih serta 5biji cili api ni aku tumbuk. Aku potong sayur mayur seperti diatas ye. kalau tak nak buh pun bole.. untuk ini.. aku jugak bubuh ayam (potong kiub).Jangan lupa sediakan cili kisar dalam 1 sudu(tak nak pun takpe)  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam kiub2 tu (sikit je) Pastu masukkan cili kisar hingga pecah minyak, masukkan rencah maggi tu. Gaul rata bubuh air sikit je. Gaul lagi. Pecahkan sebiji telur, biar kejap jgn digaul. agak2 mcm dah nak keras.. baru gaul. Masukkan sayur mayur tu. Gaul lagi. Tak abih2 menggaul kan.. hahaha.. pastu rasa garam eh kalau kurang tambah kalau tak tolak.. hahaha.. Last baru masukkan mee maggi yang dah direbus tadi. Gaul lagi.. siap!

Daging Palembang


Hari raya haji ni.. daging memang penuh peti ais.. so kali ni aku masukkan entry resepi daging palembang yang sangat sedap dan mudah je buatnya..  saya jumoa di Di Sini  terima kasih untuk resepi yang sedap nih! saya share di sini  pulak ye..

 Bahan
1/2 kilo daging (hiris nipis) 
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
Cilip adi sikit dikisar *ni saya tambah.. kalau nak pedas.
Minyak masak
Garam

Cara Membuatnya

Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)
Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).

Raya Haji 2012



Selamat Hari Raya Aidiladha

Ha.. dah terlambat den ni kan nak wish? hahaha.. tak pelah better later than never :) 
Tahun ni aku beraya di Melaka. Umah mak ayah di Kampung Duyung melaka
ni ha umah mak den.. gambar ni aku amik masa raya aritu :)

Kami bertolak pagi Khamis terus amik adik aku di UniKL 
adik bongsu aku Ecah.. 

Aku sampai di umah mak pukul 11 camtu.. tak rehat dah.. terus menolong mak ayah yg tgh bertungkus lumus kat belakang memasak untuk raya.. mak rebus ketupat 100 biji.. wah!! banyaknya! tahun ni hanya family aku je yang raya Melaka.. adik badik lain yg da ada family raya umah mentua memasing.. 
ni la rupanya.. kalau umah mak nak memasak untuk raya.. macam kenduri :)

Aku siap memasak semua menu dalam kul 3 petang.. express kan? ha.. siap cepat2 bukan apa.. cepat la rehatnya.. aku ni memang dipanggil chef kt umah.. wah!! gitu.. tapi last resort masakan ku tetap di judge oleh Ketua Chef Hj Abdullah a.k.a Ayah.. kalau sedap.. dia tak kata apa cuma bertambah je.. kalau kureng dia akan kata.. tambah garam sikit.. biar lama sikit lagi.. ha.. gitulah.. hehehe apa2pun ayah tetap tukang masak paling hebat!! bukan mak tak sedap tapi ayah memasak lebih sikit jek.. hahaha

Tahun ni surau moyang ku.. Korban lembu 6 ekor dan 5 ekor kambing.. wah! memang banyak untuk surau yang sekecil tu.. rezki Allah. 
ni gambar aku amik masa raya haji tahun lepas :)

ni beberapa gambar masa di hari raya
 ni suami dan anak2.. mcm bese tukang amik gambar memang salu takde.. almaklumla.. haha
 ni anak bujang aku Muhammad Umar Qhalif.. sayang dia! siap berjubah dan berkopiah.. 
ni adik aku dan anak dara aku Aina Qaisara..

Mak ayah tak dan nak amik sebabnya.. mereka pepagi dah keluar.. 
ni mak ayah.. nota:ni bukan diambil masa raya.. ni masa gi putraya ari tu.. gambar raya den cari tak jumpa pulak..


Bila hari raya haji je.. peti ais penuh ngan daging.. memang seminggu lah makan daging ni.. hahaha.. hari ahad tu kami semua dah jelak dgn ketupat atau laksa.. so mak mintak masak lauk yang ringks2 je... so aku masakkan
Sambal goreng mak, ikan kering mak haha, daging goreng mak jugak.. dan begedil.. berselera semua makan.. kenkadang yang ringkas2 ni yang sedap...

Lagi satu aku ni .. kalau duk kampung suka betul basuh baju.. cepat kering!! basuh baju bukan apa.. senang bila dah balik nanti takdelah keje banyak sangat.
ni lah baju anak2 yang aku sempat basuh sebelum balik.. 2 jam sidai kering!! 

Patutnya hari ahad tu aku gi umah kak ana.. kawan baik aku.. kami dah berkawan lebih dari 10 tahun! dia bertunang ..bukan tak nak pergi tapi tak tau jalan.. kalau ada peta aku berani skit.. tak pelah nanti kak ana kahwin aku mesti pergi!!!
ni ha.. orangnye.. cantik kakak aku nih... tahniah kak ana.. moga berkekalan amin.. 

Hari ahad tu aku balik pukul 6.. sampai KL kul 10.. jalan jam giler!!!! tak pelah..bkan selalu..  nasib aku dah makan kalau tak kebulur... hehehe... kesian kt cik abang memandu.. terimakasih abang. 

Monday, October 22, 2012

Sambal Tumis Sotong Kembang



Dah lama benornya nak buat sambal sotong ni.. semalam baru dapat makan.. tu pun masak sebab adik saya nak datang kalau tak takde makna nye.. sebab saya je yang makan sifut2 nih hehe.. cik abang tak makan.. hehe.. saya beli kt carrefour.. lebar tapak tangan lelaki hahahaha.. tapak tangan aku kecik je.. chewah!! haha.. saya amik 2 ekor dalam Rm5.49 .. tak tau lah murah ke mahal.. ni baru first time beli.. tapi bagi saya okeyla dengan sotong yang besar2 tuh..

Nak resepi ker? ala korang mesti lagi pandai.. haha.. sambal sotong ni saya kawankan dengan Nasi lemak... wah! berselera aku dan adik aku makan.. pastu ku masak sikit rendang ayam. 




Saturday, October 20, 2012

DONUT (TANPA TELUR)


Selamat pagi.. wah! ari ni pecah rekod pepagi aku menaip nih.. hahaha.. pagi ni cuaca elok pulak.. ari ni mak nak pergi mengurut.. badan  dah sakit2 nih..:) 

Kita proceed ke resepi je la.. banyak keje lain menanti.. kali ni saya buat Donut tanpa telur.. erm.. pada pendapat saya.. dia tak segebu donut yang saya buat sebelum ni.. tapi okey lah.. lemak2 gitu.. asalnya nak buat Donut gebu tu.. dah dok sediakan bahan.. telur pulak takde.. dah abih.. tapi ini tak mematahkan semangat aku.. chewahh!!yo yo je.. hahaha.. aku cari jap resepi donut tak guna telur .. ada pulak.. dengan lafaz bismillah aku buatlah.. jadi pun.. siap buat frozen lagi.. anak2 memang hantu donut.. hahaha

Saya amik resepi dari blog ni Inaku's Notes.. terima kasih ye..saya share resepi di sini pulak..


Sumber : Majalah RASA
Dari:Inaku's Notes
Bahan-bahan
200gm tepung
20gm gula
20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
1 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh garam
100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.

Cara-cara
Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.




ha.. tu ha dalam eh.. gebu kan.. cubalah.. 

Wednesday, October 17, 2012

Paru Goreng Berlado



Paru berlado ni feveret cik suami.. dia sangat2 suka.. saya pun suka juga... sedap.. hehe.. orang kata jgn makan dalaman haiwan nanti tak terang hati.. bagi saya sekali sekala apa salahnya.. hehehe... 

Saya suka masak lempap2 camni tak suka garing sangat paru tu.. yelah kita dah rebus empuk.. pastu goreng garing.. keraslah bila dah sejuk.. so buat camni.. paru tu lembut jek.. tapi terpulang pasa selera masing2 ye... ayah saya dulu.. di hiris nipis.. goreng garing. ha.. cam keropok jadinya.. tapi sedap! hehe.. 

Buatnya tersangat senang.... meh kita cek resepi

Resepi:Paru Goreng Berlado

Bahan:
1. Paru - basuh bersih, rebus hingga empuk.. *cara saya rebus bersama sedikit garam, sedikit hirisan halia dan beberapa titik cuka( yg ni saya ikut cara orang korea.. dia kata untuk kurang bau pada daging.. )

2. Bawang besar
3.Cili padi merah (kalau nak pedas bubuh le banyak.. tapi awas ye cili padi merah memang sangat2 pedas.. )
4. Cili hidup merah (dalam 6 )
3.Tomato (kalau tomato besar.. satu cukup.. kalau kecik.. 2 biji tomato okey da)
4.Sedikit belacan
5.Garam
*bahan diatas ni.. jumlahnya ikut banyak paru.. kalau sikit je paru.. kurang2 kan bahan ni ye..

Cara:
Paru yang dah empuk..di hiris nipis. Ketepikan. Goreng seketika dengan minyak. angkat.
Sediakan semua bahan seperti bawang (dipotong baji) , Cili merah di kerat besar, tomato dibelah 4. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kecuali paru dan garam. Biar hingga semua bahan agak layu. Angkat.

Blender/tumbuk kasar bahan yang digoreng tadi. Didalam kuali yang sama.. masukkan semula bahan yang diblender tadi. Masukkan garam, perasa. Rasa garamnya. Masukkan paru yang yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Siap!!


nota:untuk sambalnya bole juga diguna untuk daging, ikan atau ayam. sedap jugak!


Monday, October 15, 2012

Favorite manu cik abang : AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG




Apa khabar? dah lam tak update sejak2 last post hari tu.. bukan tandanya tak memasak.. tapi penyakit M melanda.. haha.. tapi kenkadang tgh rajin2 ni internet slow pulakk.. terus potong stim mak nak update.. 

Hari ni saya masak lauk ayam masak kicap ni.. penang style.. memang feveret cik suami.. dia sangat suka lauk ni.. bukan dia saja saya pun sama.. memang sedap lah.. boleh cek resepi kat SINI.. saya pernah buat entry menu ni dulu..  cuma kali ni saya guna serbuk cili.. sebelum ni saya guna cili kisar.. rasa dia ada beza sikit la.. tapi memang sedap!.. 

4-5 hari ni .. pagi hujan sampai ke petang..  dai petang sampai ke malam! haha.. nak gi pasar malam asik tertangguh jek.. takpelah Hujan ni rahmat. Cuma kenkadang tu bila kerap sangat.. ia jadi buah mulut jugak la.. ni mengingatkan saya pada.. Kesederhanaan.. Macam hujan jugak.. kalau kurang hujan.. panas pulak.. air pun kurang.. kemarau.. tapi bila hujan terlebih sudah.. banjir.. nak bergerak susah, anak2 selsema .. yelah sejuk.. so apa2 pun kena lah sederhana... hmm.. apalah yang aku merepek petang2 ni kan.. hahahaha.. abaikan.. hahahahaha... 

Apa2 pun stay safe.. stay healthy.. wahai pembaca.. hehe.. jangan lupa cuba menu kat atas ni ye..

Tuesday, October 09, 2012

Tak bole blah..


Yang ni sebenarnya citer lawak serius okey.. hehehe... dah lama berlaku.. tapi baru2 ni je teringat..  

Masa tu kami makan di luar.. cik suami menunggu dengan anak sementara saya gi memilih lauk.. sedang dok pikir2.. ada sorang lelaki ni.. sambil cedok lauk dalam plastik sambil cakap kt hp... saya dengar cam dia tgh pilihkan lauk untuk anak dia.. saya fikir "oh.. anak dia tunggu dalam kereta dengan isteri dia kot" .. tiba2 dia cakap " keluar lah..pilih sendiri!" saya ckp dlm hati.. "oh anak dia dah besar rupanya"

Saya dan dia sama2 gigih mencedok lauk..hahaha.. datang lah anak lelaki tu.. 2 orang.. seorang pompuan dan lelaki.. nampak cam baru belasan tahun.. tiba2 si anak yang lelaki tu kata "ayah.. kenapa pilih lauk ni.. tak bole blah betulah!" siap gelak2 lagi..  datang yg pompuan pulak.. gelak sama.. dalam hati saya.. eh budak ni! 

Semua lauk yg bapak dia cedok.. dia adik badik asik cakap "tak bole blah.." ni tak boleh blah.. tu tak boleh blah..  dalam hati saya.. budak2 baru nak naik camni lah.. baru blajar perkataan tak boleh blah kot.. haha.. saya tengok si bapak ni diam je..

Tetiba bapak dia bersuara "Semua tak bole blah? ayah blah dulu.. korang bayar tau!" alamak si ayah dah mengamuk.. pastu adik badik yg dok tergelak dari tadi ni.. terdiam.. ha! padan muka kau.. dalam hati saya..  si anak lelaki bersuara "ayah kita orang mana bole bayar" si bapak balas "tak boleh bayar ke? tak bole blah betullah korang ni!" hahahahahahahaha.. raca cam nak gelak guling2 tapi ku tahan.. amik kau! 

Adik badik ni terdiam malu.. hahahaha.. 

Okeylah niat saya bukan nak malukan dia... cuma buat pengajaran pada kita.. orang tua jangan ingat dia dah tua dia taktau apa2.. dia lebih dulu makan garam.. maybe kenkdg ada yang tak bole ikut tapi kita kena amik pandangan mereka.. nak2 mak ayah.. biar berkat sikit apa yang kita buat.. insyaAllah

Monday, October 08, 2012

Umar pertama kali potong rambut



Assalamualaikum.. apa khabar? kejap je dari senin kan? nati tup tup dah nak abih bulan sepluh.. hehe..

Kali ni nak buh entry pasal Umar .. anak bujang .. umur dia baru 1 tahun  bulan.. lom pandai cakap lagi.. yang dia tau sebut "abah", "Kakak aina".. ibu?hmm.. lom pandai sebut.. hehehe tak pelah.. mama di panggilnya..hehehe.. 
Kisahnya camni.. anak saya ni rambutnya dah panjang.. so orang selalu kata dia pompuan.. masa kt sepital ari tu misi2 dok panggil dia anak dara.. hahaha...

ni ha Muhammad Umar Qhalif

Rambut dia kot yang buat dia jadi cam pompuan.. so kami pun nak potong rambut dia kasik nampak jantan sikit hehehe.. 
Kami ke saloon kawan baik saya yang baru dibuka di Galaxy ampang. 


El Estillo Hair Studio


 ni ha kawan baik saya Faeez

ni pulak partner saloon tu.. Pali  hehe (akak amik gambar dari Fb.. ritu datang tak pulak amik gambar pali hehe)

Masa kami sampai .. dalam kul 8 lebih camtu la.. saya datang bukan tangan kosong k.. hahaha.. saya bawak mee goreng dari rumah.. kekeke nak jugak tulis.. 

cik suami dukung umar 


anak dara aku aina..sampai2 terus nak main.. apa2 je la aina 


masa tu ada seorang customer tgh rebonding ... keke.. rasa cam berminat pulak nak rebonding hahaha.. kedai saloon kawan saya tu pulak tgh buat promotion



masa mula2 nak potong rambut umar cam rilex je..


 pastu... biar gambar je yang bercakap


sepanjang-panjang potong rambut tu.. umar menangis.. siap muntah lagi.. hehehe.. payah nya nak potong rambut dia.. akhirnya kami mengalah jugak.. stop kan jelah... kang apa pulak yang keluar.. hahaha.. tukang gunting rambut a.k.a Pali tak puas ati tapi aku kata tak pelah okey la ni.. budak2 pun kan.. 

ni ha after potong rambut.. kekeke.. baru la nampak muka and telinga umar yang capang tu.. hahaha.. apa2 anak ibu tetap comel hokey! hahaha... 

Masa kami sampai tu.. kedai dah nak tutup.. so kami la customer terakhir gitu... hehehe
Terima kasih faez ya.. aku doakan kedai kau makin maju.. insyaAllah.. nanti bole belanja aku.. ahahahaha.... 

Kepada sesiapa nak pergi bole la pergi ke alamat ni ye:


Lot G1-72,Galaxy Shopping Centre
Taman Dagang,Ampang
Selangor
No Tel: 014-2142856 (Fad)/0122828687(Faeez)






terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..