Friday, July 29, 2011

Daging Kaprau


Assalammualaikum

Sihat?hari ni sejuk je cuaca ye lah pepagi dah hujan nyaris2 tak bangun subuh...teringat masa kecik dulu rumah papan atap zinc..kalau hujan memang best..kalau orang x biasa akan kata bising tp bg kami dulu bunyi tu umpama muzik yg sangat indah..bunyi air hujan menghentam atap zinc tu syiok...hehehe...mula mata ni ngantuk walaupun x ngantuk...tak tau lah orang lain...tp rumah papan ni malam memang sejuk.. tak macam rumah batu malam mesti panas hehe...ok lah..saya ni dah melalut...back to subject resepi daging kaprau ni saya amik dari dapur kak jee..ok hari ni hari jadi dia saya ucapkan selamat hari lahir..dimurahkan rezki..diberi kesihatan yang baik...dan diberkati Allah s.w.t amin.. terima kasih kak jee untuk resepi...bole cek resepi asal kat SINI

Resepi sangat sedap dan mudah disediakan..tak lah segenyah mana..cepat..ish memang akan jadi lauk feveret la lepas ni..cik suami balik dari sembahyang jumaat tadi makan sampai menjilat jari...sedap katanya..hehehe..kembang kejap...saya buat ada kuah sikit sebab cik suami ni suka yg ada kuah sikit..so saya tambah air dan letak tepung jagung nk kasi pekat.. ok lah saya mintak izin nak share resepi kt sini pulak ye...



Daging Kaprau

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat) *saya letak daun limau purut

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Daging Goreng paste tomyam ni sedap sangat.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..