Assalammualaikum..selamat pagi
semalam internet agak slow..nak upload gambo punya lah lama..so ari aku masukkan menu semalam aku..dan mendapat pujian dari cik suami... "sedap lah kari kering tu.."...hehe......nanti ada masa ibu masak lagi ye.. tak bole masak selalu nanti jemu...
Kari kering ni aku suka betul amik masa kt kedai mamak..mesti tertanya mcmana diorg ni masak...so aku godek2 resepi..mcm2 version dan bahan pun sama mcm masak kari biasa...cuma aku add beberapa bahan je...
Ayam (byk mana ikut suka)
daun kari
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis,cengkih dan bunga lawang)
Cili kering (di rebus/rendam blender)*dlm 7 tangkai
*rempah kari daging
tomato(2 biji)
*bawang merah* byk mana tgk pd jumlah ayam kalau byk bubuh lah byk sikit
*bawang putih * byk mana tgk pd jumlah ayam kalau byk bubuh lah byk sikit
*halia* 2 inci
*1 sdk jintan manis
*1 sdk ketumbar
*1 sdk jintan putih
kentang (di potong 4)
air
cara:
1.bahan yg bertanda (*) blender halus
2. panaskan minyak
3. Ayam di goreng agak2 je..angkat toskan..
4. Kentang di goreng hingga keperangan..angkat toskan
5. keluarkan minyak sikit untuk tumisan yg lain
6. masukkan daun kari
7. masukkan 4 sekawan
8. masukkan bahan yg di blend serta cili kering dan masukkan rempah kari serta tomato
9. tumis hingga pecah minyak
10.masukkan ayam dan kentang..gaul rata..masukkan sedikit air..gaul rata
11. masukkan garam dan perasa.
12. biarkan agak kering..angkat..siap
No comments:
Post a Comment