Monday, July 25, 2011

Daging Tumbuk Masak Kicap



Salam...

nampak tak gambar daging di atas...hitamnyer..hehe..hitam2 si tampuk manggis sungguhpun hitam rasa memang sedap...hehehe...x kena lah pulak pantun ni..haha....menu diambil dari MYResepi..resepi dari sofinar..bole tgk resepi asal di SINI kalau bab masakan ada bubuh kicap2 ni memang feveret cik suami..so tertarik lah untuk membuatnyer..

Bile dah buat camne pulak rasanyer?...mestilah sedap...ada rasa2 manis..pedas lada hitam..ditambah dengan bawang goreng..memang sedap lauk ni...mintak izin share resepi disini plak ye:


300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal
2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1/2 cawan kicap pekat manis
4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
1 sudu teh jintan manis
2 cm belacan
asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
minyak untuk menumis, garam dan gula
Cara-cara

daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

Cubalah sedap..

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..